Cinta Itu Indah Atau Sengsara

on 25 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


 Duhai yang sedang dalam penantian,

 Sabarlah menunggu kekasihmu datang
 
Jika memang belum siap,
Cintai Ia dalam diam,


Jika cinta dalam diammu tak berkesempatan berbicara di dunia nyata,

 Biarkan ia tetap diam,


Jika memang dia bukan jodohmu,
 Allah tahu,


Seiring dengan waktu Dia akan menghapus cinta dlm diam mu itu..

 dan memberikan Rasa yang lebih Indah dengan orang yang Tepat,
 
Namun bila di dunia Ia tiada,

 Moga di Syurga telah menanti,,
 
Bila di dunia memang tidak dijodohkan,

 Moga di Syurga telah menunggu..

Ceh, macam mana puisi di atas tu ? ada class tak ? hahaha...
Inilah salah satu perkara yang aku buat kalau dah bosan. Macam-macam aku buat, nak cakap pun malu juga.heheheh... Lebih baik tak payah kan... Eh, aku bukan nak bincang perkara ini, ya?
Oklah, kita kembali kepada maksud asal kita...
"Cinta Itu Indah Atau Sengsara" , memang satu tajuk yang sukar nak aku huraikan sebab aku bukanlah berpengalaman sangat tentang cinta ni. Apa lagi nak bercinta jauh sangatlah. Tapi hebat apa 'Cinta' kalau kita memahaminya. Kehebatannya memang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Kalau tak percaya cuba kamu tanya kepada mereka yang sedang bercinta, apa perasaan mereka bila mula-mula bercinta dulu ?.
Kata orang cinta itu indah apabila bahagia, perit ketika sengsara
Sakit ketika terluka 
Derita merosak jiwa
Adakah cinta seiring dengan kesetian ?
Adakah cinta datang bersama dengan pengabdian ?
Memang benarlah kata orang 'cinta itu memang buta'. Mula-mula bercinta tiada terlihat pun satu khilaf dalam diri manusia itu. Semuanya indah di pandangan masing-masing sehinggakan terbawa-bawa dengan khayalan dan fantasi. Namun tidak semua penderitaan disebabkan oleh cinta. Mungkin itu sudah tertulis di Loh Mahfuz tentang kisah hidup kita yang sebegini rumit. Allah S.W.T. tidak mungkin menciptakan 'cinta' untuk membuat hidup kita derita. 'Cinta' itu tercipta dengan kesucian dan bukannya dengan penderitaan. 
Jika kau rasa cinta itu sengsara disitulah silapmu yang amat besar. Mungkin kau berkata begitu dek kerana kau pernah dikecewakan dengan cinta. Perlukah kau menuduh cinta itu yang salah sehingga membuatkan hubunganmu dengan bekas kekasihmu terlerai dan putus ?. Jika kau berkata begitu apakah buktinya ? Tidakkah kau pernah berfikir apakah puncanya hubungan kamu terpisah sampai di situ ?.
Hubungan yang berkekalan juga perlukan kesetiaan dan kejujuran. Dan pasti kamu ada mendengar orang kata yang merekalah :
  • penunggu yang paling berharga 
  • peneman yang paling bermakna
  • pasangan yang paling bahagia
  • manusia yang penuh cinta

Pasti kamu semua pernah dengar semua tu, kan? Itu hak mereka untuk mengatakan semua itu. 
Bagi seorang wanita 'cinta' merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi mereka. Aku masih ingat lagi satu petikan dari  Hadis Rasulullah S.A.W. berbunyi :
"Manusia Hawa dicipta dari rusuk manusia Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi, dekat pada hatinya untuk dicintainya".


Kamu bolehlah berfikir yang cinta itu sebenarnya indah dan bukannya derita semata-mata. Erti sebuah percintaan memang besar maknanya dan ingatlah hidup anda, yang tahu hanyalah anda. Jangan bazirkan hidupmu dengan sesuatu yang tidak memberi makna.
Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

  1. cinta itu indah kalau pasangan jujur,setia ..

    sengsara jika cinta itu diibaratkan sampah ..

    ReplyDelete
  2. i guess u don't mind to visit my blog. i've already posted an entry, quite similar as this entry. :)

    ReplyDelete
  3. done hit u bebeh ,
    orangesnowy-chan.blogspot.com

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved