Tersesat ? Susah Sangatkah Nak Bertanya !

on 26 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Aku tak faham dengan orang zaman sekarang nie. Entahlah mereka nie pemalukah atau buat-buat malu. Aku tahulah yang orang Malaysia nie semuanya bersopan santun dan pemalu orangnya tapi bila dah sesat tu kena buang juga sifat malu tu kalau tak kau sesatlah situ seorang-seorang situ cari jalan. Susah sangatkah nak minta tolong dengan orang tanya jalan ataupun orang yang dicari ?. Aku rasa benda nie simple jer.

"Adik boleh tumpang tanya sikit, mana tempat orang khawin sini ?..."

"Adik, Ini jalan keluar kah ?..."

Dan banyak lagilah kata-kata yang boleh korang tanya. Senang kan... taklah susah sangat pun. 

Tapi yang aku pelik dengan orang sekarang nie, mereka buat-buat tahu saja padahal mereka tu dah memang sesat pun. hahaha...



Mungkin mereka nie ada GPS ataupun PETA, sebab itulah mereka nie tak bertanya pun dengan orang. Tapi realitinya mereka bukannya guna pun benda tu. hahaha... 

Kalau di fikir-fikirkan, orang yang sesat nie ramai time musim khawin... Betul tak ?... hahaha... Kesian juga aku tengok dengan orang-orang yang sesat nie. Lebih-lebih lagi kalau baru masuk ke kampung yang belum pernah mereka jejaki. Sudah pastinya mereka tu akan sesat...hahahha...

Bukan semua yang macam tu hanya sesetengah saja  yang mempunyai sifat pemalu tak bertempat. So, bagi mereka yang malu-malu nak bertanya jalan tu, buanglah dulu sifat pemalu tu kalau tak nak habis minyak kereta putar satu kampung... Bukankah itu merugikan korang saja... Ringan-ringankanlah mulut korang nak bertanya tu dan jangan lupa selepas bertanya tu ucapkanlah 'terima kasih'. Jangan main jalan saja tanpa ucapkan sepatah kata. Yang ini pun ada juga aku tengok macam nak aku lempar saja kereta dia tu... Bengang betul aku dengan orang macam nie... 

Oklah sampai sini saja perbincangan aku kali nie. Kalau ada apa-apa yang patut ditambah, dipersilakan saja. Ilmu yang aku ada pun terbatas juga.


**Nota kaki berbau** - "Perkongsian ilmu merupakan satu kenikmatan yang tak terhingga. Satu lagi, Malu itu separuh daripada Iman tapi jangan pula malu tak bertempat. hehehe..." Assalamualaikum...

Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. datang singgah..
    http://syukchen.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. malu bertanye sesat jln.. lbih2 lg nk cari umah kawin... da jmpe... lepas makn bru tahu yg rumah kawin yg die pg umah org lain... hhahah...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/12/kenapa-aku-suka-kucing.html

    ReplyDelete
  3. @faizulosman hahaha, pasti riak muka pun lain teruskan kalau mcm tu... menebal jer lah muka....

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved