Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
Menipu memang sudah menjadi lumrah di dunia ini. Ada saja kes penipuan berlaku di sana sini tak kiralah di mana kamu berada. Kalau korang kata ada satu tempat yang tak ada sesiapa pun yang tak menipu, tunjukkan kepada aku. Aku nak pergi ke tempat yang macam tu.
Aku dah muak dengan kes-kes menipu nie. Entah apa faedah yang mereka dapat dengan menipu. Tak ada faedah pun yang korang akan dapat dari menipu nie yang ada kita dapat ialah satu catatan oleh Malaikat Atib yang akan dipersoal di Akhirat kelak. Sanggupkah korang menipu disebabkan satu perkara yang remeh-temeh ?.
Tapi di sini aku nak bincangkan tentang 'sanggupkah korang menipu mak bapa disebabkan sesuatu perkara'. Tidakkah kamu kesian dengan mak bapa kamu yang selama ini menjaga makan minum dan pembiayaan kamu. Dah lupakah dengan jasa mereka ? Takkan nak jadi anak yang derhaka ? Sanggupkah korang tengok mak kamu mengalirkan air mata kerana kamu ? Pasti korang tak nakkan semua tu terjadi.
"Setitis air mata ibu, mungkin boleh menjadi air dingin yang memadam api Neraka terhadapmu, setitis air mata ibu itu juga mungkin boleh menjadi minyak yang menyalakan murka Allah yang sarat dengan azab derita itu."
Ingatlah, biarkan mak kamu mengalirkan air mata kerana gembira melihat kamu dan bukannya kerana kesilapan dan kesalahan kamu. Aku memang tak sanggup menipu mak bapa aku. Cukuplah dengan dosa yang sudah aku raih selama ini. Aku bukannya seorang anak yang baik untuk menjadi contoh kepada semua orang. Aku juga bukannya hebat sangat untuk menjadi 'hero' kepada mak bapa di luar sana tapi aku hanya ingin berkongsi pandanganku dengan semua orang sebagai seorang anak.
Mari kita lihat firman Allah S.W.T dan sabda Baginda S.A.W tentang berbuat baik kepada ibu bapa kita.
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia 24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu keci (al-Isra': 23-24)"
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu (Luqman:14)"
Dan beberapa Hadith Nabi tentang ibu bapa :
"Dari Abi Abd Rahman Abdullah Bin Mas'ud RA: beliau berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Amal apakah yang lebih disukai Allah? Baginda SAW menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: "Seterusnya apa?" Jawab baginda SAW: "Berbuat baik kepada kedua ibu bapa". Aku berkata lagi: "Seterusnya apa ?" Jawab Baginda SAW: "berjihad di jalan Allah".(Muttafaq 'Alaih) [al-Bukhari:2782, Muslim: 137]"
"Dari Abu Hurairah RA: Beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan berkata: Ya Rasulullah, siapakah dikalangan manusia yang paling berhak aku layani dengan baik: Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia berkata lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia bertanya lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Tanya dia lahi: Seterusnya siapa? Jawab baginda
SAW: Ayahmu (Muttafaq 'alaih) [al-Bukhari: 5971, Muslim: 2548]"
"Dari Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bersabda: Celakalah, celakalah, celakalah sesiapa yang mengenali ibu bapanya ketika mereka tua, sama ada salah seorang atau kedua-dua mereka, dan dia tidak masuk syurga (Muslim:2551) * maksudnya celakalah manusia yang sempat hidup dengan ibu bapa mereka atau salah seorang daripada mereka ketika ibu bapa itu tua akan tetapi tidak berbuat baik kepada mereka*"
Masih banyak lagi firman Allah dan sabda Baginda SAW tentang perihal kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa. Apakah kita hanya menjadikan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith itu sekadar satu hikayat tanpa mahu mengambil petunjuk daripadanya. Amatlah ruginya kita.
Korang semua boleh lihat betapa mak bapa itu satu anugerah yang tak ternilai harganya. Hargailah mereka selagi mereka ada kelak kamu yang akan rugi. Kita lihat saja mereka yang dah kehilangan mak bapa betapa mereka kesepian dan hilang kasih sayang dari mak bapa. Cubalah kamu bayangkan anak-anak yatim piatu yang dah kehilangan mak bapa mereka, apa perasaan mereka? Cuba kamu dekati mereka dan bertanya soal ini, pasti mereka akan menangis dek kerana mereka dah tak ada mak bapa lagi. Korang tak terasakah betapa nikmatnya masih mempunyai kedua-dua mak bapa kita. Bersyukurlah, janganlah menipu mereka lagi. Kan bagus kalau kita berterus-terang saja dengan mereka mungkin mereka boleh membantu kita, siapa tahu ?.
Sekian saja hari nie...
**Nota kaki berbau** Kepada yang kaki menipu tu insaf-insaflah weiiii. Takda gunanya korang asyik nak menipu. Macam mana kalau kamu kantoi kan naya namanya. Timbul lagi satu masalah... Assalamualaikum....
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment