Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
***********************************************
Di pagi Isnin yang sangat menyeronokkan dan mungkin juga membosankan bagi sesetengah pelajar di kelas 5 Sceince itu. Biasalah dah lama bercuti dan baru sekarang dapat jumpa dengan rakan-rakan sekelas. Seronok bukan main lagi mereka nie, masing-masing menceritakan kisah mereka sendiri time mereka bercuti. Apa mereka buat ? Di mana mereka Bercuti ? Dengan siapa Mereka bercuti ? dan banyak lagilah...
Mereka bercerita bagaikan dah berada dalam alam mereka sendiri, sampai-sampai ada cikgu masuk ke kelas pun mereka tak perasan.
Jadi cikgu itu pun, terpaksa memberi salam dengan mereka bertujuan untuk menyedarkan mereka dari lamunan mereka itu...
Cikgu: Assalamualaikum, semua !!!!
Mereka pun apa lagi kelam-kabutlah pergi ke tempat duduk masing-masing.
Murid: Waalaikumsalam, Cikgu !!!
Cikgu: Seronok bukan main lagi kamu semua nie, ya? Macam mana dengan cuti kamu semua, bestkah?
Murid: Best cikgu...(Serentak semua menjawab)
Cikgu: Cuti.. cuti juga tapi kerja cikgu jangan lupa siapkan. Macam mana dengan kerja yang cikgu suruh buat tu, dah siap belum ?
Murid: Dah siap cikgu, jangan risaulah...hehehe...
Cikgu: Baguslah kalau macam tu... Mas, tolong cikgu pungut buku rakan-rakan kamu itu, ya.
Mas: Baik cikgu.!?
Sebaik Mas memungut buku rakan-rakannya, Cikgu Badina bertanya kepada semua murid-muridnya untuk kepastian bahawa semua muridnya telah menyiapkan tugasan yang diberikan.
Cikgu: Betulkah semua dah siap tugasan cikgu nie ?
Fitri: E'lle, cikgu ada lagi yang tak siap tu terutamanya lelaki. (dengan nada mengejek)
Ali: Jangan nak main tuduh-tuduh, ya... Mungkin kau tu yang belum siap...(dengan nada tak puashati sikit)
Cikgu: Fitri, Ali jangan nak gaduh-gaduh. Tak apa biar cikgu periksa nanti. Labih baik mengaku sekarang kalau cikgu yang dapat, cikgu akan denda kamu semua.
Mulalah kecoh dalam kelas itu. Semuanya sibuk bertanya kepada rakan-rakan yang ada bersebelahan mereka.
Cikgu: Kenapa bising-bising nie, senyap semua.. Nie nak dimeritkah semua ?
Kelas pun kembali senyap. Tapi hanya sementara saja kerana terdengar sedikit suara-suara sumbang yang kedengaran tapi cikgu Badina buat-buat tak endah saja.
Tiba-tiba tiga orang murid berdiri...
Cikgu: Eh, kenapa dengan kamu tiga orang nie ?
Aisyah: Belum siap kerjalah tu cikgu !
Cikgu: Owhhhh, kenapa tak siapkan tugasan cikgu, cutikan panjang... Takkan tak siap ? (dengan nada marah sedikit)
Suardi: Tak sempat nak buatlah cikgu sebab saya bercuti dengan keluarga, Tak ada masalah cikgu?
Cikgu: Kamu Syafie kepana pula ?
Syafie: Saya tak tahulah cikgu nak buat macam mana?
Cikgu: Arman, apa pula alasan kamu nie, nenek kamu nak beranak...
Arman: Tak adalah cikgu, saya ebenarnya dah siap tapi lupa nak bawa, tertinggal di rumah.
Cikgu: Macam-macamlah alasan kamu nie ya... Kawan kamu cuti juga tapi kerja siap. Kalau dah tak tahu tu pergilah tanya bapa, emak, abang, kakak atau rakan-rakan kamu yang tahu. Ini tidak, dah tak tahu dia buat diam-diam pula. Susah sangatkah nak bertanya ?... Ini lagi satu, kalau bolehlah kepala kamu tu boleh tertanggal, mungkin kepala kamu pun kau tinggalkan....
Semua murid-murid di kelas 5 Sceince tergelak..
Sekian....
Dialog di atas tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang hidup ataupun yang dah meninggal. Jika ada itu hanyalah kebetulan saja.
***********************************************
Macam mana dengan dialog di atas ? korang pun pernah buat seperti itu di sekolah ?...hehehe
Entah kenapa orang sekarang ini banyak sangat nak beri alasan bila nak buat kerja, siapkan kerja atau tugasan yang diberi. Susah sangatkah sampai tak siapkan tugasan dan kerja yang di amanahkan kepada kita. Kalau susah kenapa nak buat juga, kan senang kalau kamu terus tolak kalau susah.
"Kalau aku cakap macam itu dengan cikgu aku, pasti aku akan didenda oleh cikgu." (jawapan pelajar)
"Macam mana kalau itu sudah kerjaku, kalau aku tolak, silap-silap hari bulan aku dibuang kerja." (jawapan pekerja)
Eh, aku nie pandai-pandai saja cipta jawapan...hahha.. Jangan marah ya...
Tapi memberi alasan ini banyak membawa perkara negatif saja dari positif. Di sini aku nak beri sedikit panduan yang CARA itu lebih baik dari ALASAN.
Perbedaan yang sangat jauh...
Antara orang yang selalu mencari ALASAN...
dan orang yang selalu mencari CARA..
Buat seorang PEMALAS
dia akan selalu cari ALASAN...
Tapi buat seorang yang CERDAS
dia akan selalu cari CARA...
Orang yang selalu mencari ALASAN
Akan menjadi PECUNDANG.
Orang yang selalu mencari CARA
Akan menjadi PEMENANG.
Sekian saja...
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment