Showing posts with label Tsunami. Show all posts
Showing posts with label Tsunami. Show all posts

Mesej Palsu Amaran Tsunami Di Terengganu

on 7 January 2013

Mesej Palsu Amaran Tsunami Di Terengganu | Mikro sosial Facebook dan Twitter menjadi panik selepas tersebar beberapa status yang mengatakan Tsunami akan melanda sekitar pantai timur dan Terengganu secara amnya.

Mesej Palsu Amaran Tsunami Di Terengganu

Bagaimanapun, hasil daripada liputan wartawan media elektronik mendapati tiada sebarang amaran Tsunami dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Dalam keadaan yang panik ini ada juga orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan mesej palsu amaran Tsunami di Terengganu. Segelintir penduduk di Terengganu yang berada di persisiran pantai berasa panik selepas menerima SMS berantai tersebut pada malam semalam. Antara contoh petikan yang telah tersebar luas ialah:
Slm. sok djgka ribut. Nm ribut Sonamu. Ombak 5.5 Meter. Pusat tmpt mdarat Pntai Bt Buruk. Hospital djgka bnjir shgga tgkt 2.Skrg ni duk pndah brg2 pnting ke tgkt atas. Generator TNB sume tutup start sok.3hari djgka xde letrik.So, beli brg2 yg prlu skrg.
Penjelasan sebenar dari Jabatan Meteorologi Malaysia

Tiada amaran Tsunami di Terengganu dikeluarkan setakat ini. Hanya amaran ribut tropika Sonamu sahaja yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Namun, Malaysia akan dilanda hujan lebat berikutan kesan dari ribut tersebut.

Mesej Palsu Amaran Tsunami Di Terengganu

Ramalan Dan Amaran Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia

Ramalan Dan Amaran Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia | Nampaknya orang ramai mula panik selepas tersebar beberapa status yang mengatakan tsunami akan melanda sekitar pantai timur dan Terengganu secara amnya.

Ramalan Dan Amaran Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia

Manurut satu kenyataan dari pihak NASA, ribut Sonamu akan melanda bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Keadaan ini akan menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di bahagian Laut China Selatan. Berdasarkan laporan terkini Jabatan Meteorologi Malaysia, negeri yang terdekat dengan impak bencana tersebut adalah kawasan timur laut Dungun, Terengganu. Sebagai langkah berjaga-jaga semua penduduk tidak digalakkan berada di persisiran pantai mahupun dilaut bermula 8 Januari 2013.

Jabaan Meteorologi Malaysia juga menjangkakan hujan lebat akan mula turun pada 8 Januari 2013 bermula pada pukul 7.10 petang sehingga ke hari Rabu. Di Filipina, ribut Tropika Sonamu telah menyebabkan kehilangan nyawa dan 500 kehilangan tempat tinggal.

Laporan Terkini Jabatan Meteorologi Malaysia Pada 7 Januari 2013

Ramalan Dan Amaran Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia


Dikemaskini: 7 Januari 2013 - 8.00 malam

Laporan Terkini Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia (7 Januari 2013)

Pahang: Tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin berkemungkinan dilanda banjir semasa kejadian ribut tropika Sonamu yang diramal membadai negeri-negeri di Pantai Timur bermula hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata sehubungan itu 66 pusat pemindahan akan dibuka di Kuantan, 84 di Pekan dan 31 di Rompin.

Selain itu, semua pegawai daerah telah diarah menguar-uarkan ancaman ribut tersebut kepada penghulu serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung masing-masing dan melakukan persiapan yang perlu.

Terengganu: Ombak semakin besar telah menghampiri dan kedudukan terkini di pesisir Pantai Rusila telah hampir ke paras amaran. Keadaan angin di Dungun semakin kencang. Ribut juga dikatakan makin kuat.

Kelantan: Langit-langit di kawasan Kota Bharu sudah mula diliputi awan-awan yang bergerak agak pantas. Kepada rakan-rakan yang berada berhampiran kawasan pantai sila berjaga-jaga.

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora: Kemaskini 7 Januari 2013

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Laporan Jabatan Matereologi Malaysia (Terkini)

Hujan lebat dijangka akan berlarutan di Pahang, Terengganu dan Kelantan dari 7 sehingga 11 Januari 2013.

Ribut Tropika Sonamu dijangka akan tiba di pantai timur Malaysia tepat pada jam 8 Malam. Kesan impak agak minimum di negeri pantai timur. Pihak berkuasa memberi nasihat agar orang awam tidak berada dipersisiran pantai kerana ketinggian ombak dikesan mencecah 5.5 meter.




Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

on 31 October 2012

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland | Satu kejadian tsunami akibat runtuhan batu yang berlaku 1,500 tahun lalu telah mencetuskan ombak setinggi 13 meter sekali gus menenggelamkan kawasan di sepanjang tebing Tasik Geneva, Switzerland, lapor beberapa saintis.

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

Kejadian tersebut membayangkan bandar raya Geneva dan Lausanne mungkin dilanda tsunami. Ia juga boleh berlaku di beberapa buah bandar lain yang terletak di tepi tasik kawasan pergunungan dan fiord di Switzerland.

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

"Risiko tersebut dipandang remeh oleh kebanyakan orang yang tidak mengetahui bahawa tsunami boleh berlaku di kawasan tasik," kata seorang saintis di Universiti Geneva, Switzerland, Katrina Kremer.
Dalam sepucuk surat kepada jurnal saintifik, Nature Geoscience, sekumpulan saintis yang diketuai Kremer menyatakan mereka telah mengkaji bencana itu yang berlaku pada tahun 563 dan dikenali sebagai Peristiwa Tauredunum.

Menurut saintis itu, terdapat bukti bahawa sebahagian tanah di sebuah kawasan pergunungan jatuh ke dalam sungai Rhone, lima kilometer dari tasik berkenaan.

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

Paukan Kremer menggunakan radar canggih untuk meninjau kawasan yang paling dalam di tasik tersebut. Anggota kumpulan itu menemui timbunan mendapan sepanjang lebih 10 kilometer (KM), lebar 5 kilometer (KM) dan ketebalan sehingga 5 meter. Menurut Kremer, sepanjang tempoh 10,000 tahun lalu, beberapa kejadian tsunami yang besar berlaku di Tasik Geneva. Justeru katanya, kejadian itu boleh berlaku lagi.

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

Tsunami Boleh Berlaku Di Dalam Tasik Di Switzerland

Sebelum ini kejadian tsunami kerap dikaitkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di dasar laut berdekatan kawasan pantai.

Penduduk Panik Kerana Kampung Dilanda Tsunami Buih Sabun

on 30 September 2012

Penduduk Panik Kerana Kampung Dilanda Tsunami Buih Sabun | Guangdong - Penduduk kampung di Xintang terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dilanda tsunami buih-buih sabun setinggi 50 kaki.

Ia telah merebak dengan cepatnya dan menyebabkan penduduk di kampung berkenaan menjadi panik.

Tsunami Buih Sabun

Manurut pihak berkuasa, buih sabun itu dihasilkan apabila pencuci bukan toksid sisa basuhan penduduk tersebut telah dihanyutkan ke dalam sungai. Keadaan menjadi buruk apabila berlaku hujan lebat.
"Penduduk berhak untuk berasa bimbang mengenai kejadian ini, namun ia tidak membahayakan. Sabun berkenaan menghasilkan buih yang amat banyak ketika ia melalui air terjun di sungai berhampiran," katanya.
Bagaimanapun buih tersebut tidak merbahaya dan hanya menyebabkan seekor dua ikan mati.
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved