Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi

on 11 April 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia dan yang baru menjejakkan kaki di sini. Petang tadi kita di kejutkan dengan gempa bumi berukuran 8.7 sekala Ricther dan dua lagi gegaran susulan. hal ini memngakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri. 


Untuk setakat ini, amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. Gempa bumi yang berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan huru-hara petang tadi di sekitar Aceh dan Sumatera, Indonesia.

Penduduk di kawasan bandar di persisiran pantai lari menyelamatkan diri ke tempat tinggi denga menaiki kenderaan seperti kereta dan menunggang motorsikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama. Walaubagaimana pun, amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia. Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. - AP


Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. alhamdulillah tiada kejadian buruk berlaku n amaran Tsunami sudah ditamatkan

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved