Mesej Palsu Amaran Tsunami Di Terengganu

on 7 January 2013

Mesej Palsu Amaran Tsunami Di Terengganu | Mikro sosial Facebook dan Twitter menjadi panik selepas tersebar beberapa status yang mengatakan Tsunami akan melanda sekitar pantai timur dan Terengganu secara amnya.

Mesej Palsu Amaran Tsunami Di Terengganu

Bagaimanapun, hasil daripada liputan wartawan media elektronik mendapati tiada sebarang amaran Tsunami dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Dalam keadaan yang panik ini ada juga orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan mesej palsu amaran Tsunami di Terengganu. Segelintir penduduk di Terengganu yang berada di persisiran pantai berasa panik selepas menerima SMS berantai tersebut pada malam semalam. Antara contoh petikan yang telah tersebar luas ialah:
Slm. sok djgka ribut. Nm ribut Sonamu. Ombak 5.5 Meter. Pusat tmpt mdarat Pntai Bt Buruk. Hospital djgka bnjir shgga tgkt 2.Skrg ni duk pndah brg2 pnting ke tgkt atas. Generator TNB sume tutup start sok.3hari djgka xde letrik.So, beli brg2 yg prlu skrg.
Penjelasan sebenar dari Jabatan Meteorologi Malaysia

Tiada amaran Tsunami di Terengganu dikeluarkan setakat ini. Hanya amaran ribut tropika Sonamu sahaja yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Namun, Malaysia akan dilanda hujan lebat berikutan kesan dari ribut tersebut.

Mesej Palsu Amaran Tsunami Di Terengganu

Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Salam Bro.

    nak tukar blog link dengan saya..

    url blog saya : dhanian.blogspot.com

    lagi satu..nak share article ini kat blog saya...

    thanks

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah berdoa rakyat Malaysia
    x jadi apa yg diramalkan setakat ini

    ReplyDelete
  3. Moga xde gelombang kedua lg pasni

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved