Ramalan Dan Amaran Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia | Nampaknya orang ramai mula panik selepas tersebar beberapa status yang mengatakan tsunami akan melanda sekitar pantai timur dan Terengganu secara amnya.
Manurut satu kenyataan dari pihak NASA, ribut Sonamu akan melanda bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Keadaan ini akan menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di bahagian Laut China Selatan. Berdasarkan laporan terkini Jabatan Meteorologi Malaysia, negeri yang terdekat dengan impak bencana tersebut adalah kawasan timur laut Dungun, Terengganu. Sebagai langkah berjaga-jaga semua penduduk tidak digalakkan berada di persisiran pantai mahupun dilaut bermula 8 Januari 2013.
Jabaan Meteorologi Malaysia juga menjangkakan hujan lebat akan mula turun pada 8 Januari 2013 bermula pada pukul 7.10 petang sehingga ke hari Rabu. Di Filipina, ribut Tropika Sonamu telah menyebabkan kehilangan nyawa dan 500 kehilangan tempat tinggal.
Laporan Terkini Jabatan Meteorologi Malaysia Pada 7 Januari 2013
Dikemaskini: 7 Januari 2013 - 8.00 malam
Laporan Terkini Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia (7 Januari 2013)
Pahang: Tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin berkemungkinan dilanda banjir semasa kejadian ribut tropika Sonamu yang diramal membadai negeri-negeri di Pantai Timur bermula hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata sehubungan itu 66 pusat pemindahan akan dibuka di Kuantan, 84 di Pekan dan 31 di Rompin.
Selain itu, semua pegawai daerah telah diarah menguar-uarkan ancaman ribut tersebut kepada penghulu serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung masing-masing dan melakukan persiapan yang perlu.
Terengganu: Ombak semakin besar telah menghampiri dan kedudukan terkini di pesisir Pantai Rusila telah hampir ke paras amaran. Keadaan angin di Dungun semakin kencang. Ribut juga dikatakan makin kuat.
Kelantan: Langit-langit di kawasan Kota Bharu sudah mula diliputi awan-awan yang bergerak agak pantas. Kepada rakan-rakan yang berada berhampiran kawasan pantai sila berjaga-jaga.
Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora: Kemaskini 7 Januari 2013
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Laporan Jabatan Matereologi Malaysia (Terkini)
Hujan lebat dijangka akan berlarutan di Pahang, Terengganu dan Kelantan dari 7 sehingga 11 Januari 2013.
Ribut Tropika Sonamu dijangka akan tiba di pantai timur Malaysia tepat pada jam 8 Malam. Kesan impak agak minimum di negeri pantai timur. Pihak berkuasa memberi nasihat agar orang awam tidak berada dipersisiran pantai kerana ketinggian ombak dikesan mencecah 5.5 meter.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment