Terkini! Gambar Dan Video Banjir Kilat Di Kuantan Pahang Disember 2012

on 25 December 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Terkini! Gambar Dan Video Banjir Kilat Di Kuantan Pahang Disember 2012 | Hujan yang turun pada awal pagi lebih daripada lima jam telah menyebabkan Kuantan dilanda salah satu daripada banjir terburuk dalam beberapa dekad ini dan menjadikan bandar ini mengelamai kesesakan jalan raya di jalan-jalan utama yang dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Pada hari Isnin lalu, lebih 300 penduduk dari beberapa kawasan di Bandar Kuantan terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat bantuan. Manakala, di sesetengah kawasan, kereta telah terkandas dan menyaksikan kesesakan lalu lintas yang serius di Kuantan.

Antara jalan yang ditenggelami banjir sehingga 3 petang Isnin adalah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menmpung air hujan sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat bandar.

Berikut laporan dari Bernama:

"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat.

"Tapi saya perhatikan banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh nak keluar. Saya harap kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat kaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan ini,"

Sementara itu, Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Safian Ismail berkata setakat 5 petang, seramai 594 mangsa banjir di negeri ini telah ditempatkan di enam buah pusat pemindahan iaitu empat di Kuantan dan masing-masing sebuah di Pekan dan Rompin.

Di Kuantan, selain SK Galing, seramai 77 orang mangsa bvanjir ditempatkan di SK Cenderawasih, Sekolah Menengah Pandan (93 orang) dan Balai Raya Tanjung Lumpur (20 orang).

Manakala di Pekan, seramai 66 orang mangsa ditempatkan di SK Sungai Miang dan di daerah Rompin seramia 36 mangsa ditempatkan di Balai Raya Lintang.

Kemaskini Terkini: 25 Disember / 12.00 tengahhari

Hanya tinggal satu jalan sahaja yang ditutup untuk kesemua jenis kenderaan iaitu di KM 29 Jalan Sungai Lembing - Kuantan

Menurut laporan dari Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebanyak 12 pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu 10 di Kuantan dan masing-masing satu di Rompin dan Pekan. Manakal seramai 1806 mangsa banjir yang ditempatkan dipusat-pusat pemindahan.

Kemaskini Terkini : 26 Disember 2012 / 12.00 tengahari

Jumlah jalan yang ditutup kini meningkat kepada tujuh batang jalan iaitu:

  • Jambatan Sungai Charu Ke Sungai Lembing
  • KM 28, Sg. Charu Jln Sg. Lembing
  • KM 16, Sg. Riau, Sg. Lembing
  • Jambatan Besi Sg. Oak Kuala Tahan
  • Jalan Kg. Terisik dan Kg. Belebar
  • KM 18, Jalan Kuantan By Pass Selepas Balai Bomba Gebeng
  • Jambatan Kuala Kenau, Sungai Lembing
Bilangan mangsa banjir di Pahang semakin meningkat iaitu sebanyak 3,196 mangsa.

Mangsa Banjir di Pahang

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012:

Saksikan juga Video Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012:

Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

  1. Teruk eh banjir yg melanda Kuantan ni, moga2 mereka tak ada apa2 la..

    ReplyDelete
  2. teruk giler banjir kat kuantan ..aku kat temerloh ni pun dah kena tempias sikit2

    ReplyDelete
  3. harap rumah auc kat bkt setongkol selamat....
    tengok kat TV je belum balik rumah lagi ni huhuhu

    ReplyDelete
  4. teruk betul.. kesian kat warga kuantan.. kita sama2 doakan agar keadaan akan pulih seperti biasa... amin...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Memang nampak teruk... Ni semua ujian dari Allah, moga mereka tabah

    ReplyDelete

© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved