Surirumah Korban Pertama Banjir Di Terengganu | Musim banjir kali ini sememangnya buruk dan setakat ini sudah mengorbankan dua orang satu di Negeri Sembilan dan yang terbaru di Terengganu. Mangsa Samhanim Ramli, 36, dikatakan mengikut suaminya memukat dan arwah tergelincir ketika sedang menahan pukat jaring bersama suaminya, Wan Amram Wan Sudin di Sungai Lanjut kira-kira pada pukul 3 petang.
Berikut temubual bersama suami mangsa, Wan Amran Wan Sudin:
"Dia sempat memegang bahu saya ketika terjelus. Tapi saya tidak dapat mencapai tangannya atau memautnya kerana air sangat deras,"
Beliau yang cemas kemudian meminta bantuan daripada penduduk kampung bagi menyelamatkan isterinya yang ketika itu sudah dibawa arus deras.
Sementara itu, anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) terus bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan mangsa terjatuh sebelum dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
Al-Fatihah...semoga beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh kepadaNya..amin..
ReplyDelete