Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts

Gambar 6 Anggota Polis Yang Terkorban Di Semporna

on 4 March 2013

Gambar 6 Anggota Polis Yang Terkorban Di Semporna | Berikut adalah gambar barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara. Keenam-enam perwira ini terkorban dalam satu serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna, Sabah. Segala sumber panulis dapat dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police).

Gambar 6 Anggota Polis Yang Terkorban Di Semporna

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. #Al-Fatihah....

Sedikit tambahan info: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan dan pergerakan membawa pulang jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:

Tarikh: 04 Mac 2013
1. Supt Ibrahim bin Lebar
2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

3. ASP Micheal Padel
Masa:5.30 petang
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching

4. Sjn/D Baharin bin Hamit
Masa: 2.00 petang
Tempat: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu

5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun
Masa : 10.00 pagi (van jenazah)
Tempat: Semporna

6. Kpl/S Salam bin Togiran
Masa: 10.30 pagi (van jenazah)
Tempat: Batu 15, Tawau.

Pegawai polis yang masih menjalani rawatan di Hospital Tawau adalah Insp Mohamad Hasnal bin Jamil yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil.

Dato' Siti Nurhaliza Lagi Menawan Dengan Imej Bertudung Litup

on 14 January 2013

Dato' Siti Nurhaliza Lagi Menawan Dengan Imej Bertudung Litup | Adakah ini satu pujian yang saja-saja admin berikan kepada penyanyi tersohor negara? Sudah tentu ya. Sebab dengan imej bertudung penuh Dato' Siti sekarang ini memang cantik dan lebih anggun.

Dato' Siti Nurhaliza Lagi Menawan Dengan Imej Bertudung Litup

Baru-baru ini pun telah tersebar beberapa keping foto Dato' Siti Nurhaliza di beberapa buah blog-blog hiburan tempatan.

Gambar yang diambil dari laman instagram ini juga dikuatkan lagi dengan kenyataan Dato' Siti Nurhaliza kepada sebuah tabloid tempatan yang mengatakan ini adalah imej terbarunya sempena umur yang sudah mencecah 34 tahun pada 11 Januari 2013 lalu.
"Untuk usia 34 tahun ini, inilah imej terbaru Siti Nurhaliza dan Sati harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila-bila," ujar Siti Nurhaliza yang kini sedang dalam tempoh bercuti dari sebarang aktiviti seni.
Semoga perubahan ini kekal buat Dato' Siti Nurhaliza dan dari pihak admin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke-34 kepada penyanyi no.1 negara ini.

Dato' Siti Nurhaliza Lagi Menawan Dengan Imej Bertudung Litup

Dato' Siti Nurhaliza Lagi Menawan Dengan Imej Bertudung Litup

Dato' Siti Nurhaliza Lagi Menawan Dengan Imej Bertudung Litup

Dato' Siti Nurhaliza Lagi Menawan Dengan Imej Bertudung Litup

Dato' Siti Nurhaliza Lagi Menawan Dengan Imej Bertudung Litup

Gambar Bulan Madu Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Sydney

on 26 December 2012

Gambar Bulan Madu Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Sydney | Pasangan artis yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 November lalu telah berkongsi foto bulan madu mereka semasa berada di Sydney, Australia.

Gambar Bulan Madu Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Sydney

Walaupun beberapa kontroversi yang melanda selepas majlis pernikahan dan persandingan mereka, itu tidak menghalang pasangan ini untuk bercuti di Sydney.

Gambar Bulan Madu Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Sydney

Gambar Bulan Madu Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Sydney

Apa yang lebih menarik, seorang peminat bertuah yang menetap di Sydney berpeluang untuk makan malam bersama pasangan ini, Farid Kamil dan Diana Danielle apabila dia menegur Farid Kamil di laman Instagram.

Gambar Bulan Madu Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Sydney

Terkini! Gambar Dan Video Banjir Kilat Di Kuantan Pahang Disember 2012

on 25 December 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Terkini! Gambar Dan Video Banjir Kilat Di Kuantan Pahang Disember 2012 | Hujan yang turun pada awal pagi lebih daripada lima jam telah menyebabkan Kuantan dilanda salah satu daripada banjir terburuk dalam beberapa dekad ini dan menjadikan bandar ini mengelamai kesesakan jalan raya di jalan-jalan utama yang dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Pada hari Isnin lalu, lebih 300 penduduk dari beberapa kawasan di Bandar Kuantan terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat bantuan. Manakala, di sesetengah kawasan, kereta telah terkandas dan menyaksikan kesesakan lalu lintas yang serius di Kuantan.

Antara jalan yang ditenggelami banjir sehingga 3 petang Isnin adalah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menmpung air hujan sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat bandar.

Berikut laporan dari Bernama:

"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat.

"Tapi saya perhatikan banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh nak keluar. Saya harap kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat kaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan ini,"

Sementara itu, Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Safian Ismail berkata setakat 5 petang, seramai 594 mangsa banjir di negeri ini telah ditempatkan di enam buah pusat pemindahan iaitu empat di Kuantan dan masing-masing sebuah di Pekan dan Rompin.

Di Kuantan, selain SK Galing, seramai 77 orang mangsa bvanjir ditempatkan di SK Cenderawasih, Sekolah Menengah Pandan (93 orang) dan Balai Raya Tanjung Lumpur (20 orang).

Manakala di Pekan, seramai 66 orang mangsa ditempatkan di SK Sungai Miang dan di daerah Rompin seramia 36 mangsa ditempatkan di Balai Raya Lintang.

Kemaskini Terkini: 25 Disember / 12.00 tengahhari

Hanya tinggal satu jalan sahaja yang ditutup untuk kesemua jenis kenderaan iaitu di KM 29 Jalan Sungai Lembing - Kuantan

Menurut laporan dari Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebanyak 12 pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu 10 di Kuantan dan masing-masing satu di Rompin dan Pekan. Manakal seramai 1806 mangsa banjir yang ditempatkan dipusat-pusat pemindahan.

Kemaskini Terkini : 26 Disember 2012 / 12.00 tengahari

Jumlah jalan yang ditutup kini meningkat kepada tujuh batang jalan iaitu:

  • Jambatan Sungai Charu Ke Sungai Lembing
  • KM 28, Sg. Charu Jln Sg. Lembing
  • KM 16, Sg. Riau, Sg. Lembing
  • Jambatan Besi Sg. Oak Kuala Tahan
  • Jalan Kg. Terisik dan Kg. Belebar
  • KM 18, Jalan Kuantan By Pass Selepas Balai Bomba Gebeng
  • Jambatan Kuala Kenau, Sungai Lembing
Bilangan mangsa banjir di Pahang semakin meningkat iaitu sebanyak 3,196 mangsa.

Mangsa Banjir di Pahang

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012:

Saksikan juga Video Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012:

14 Gambar Pertunangan Shahrizal Jaszle Dan Redzwani Puteri

on 11 December 2012

14 Gambar Pertunangan Shahrizal Jaszle Dan Redzwani Puteri | Tahniah kepada Shah Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle kerana sudah sah mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya, Redzwani Puteri di kediaman keluarga perempuan pada Sabtu lalu (8 Disember 2012).

Gambar Pertunangan Shahrizal Jaszle Dan Redzwani Puteri

Shah Jaszle dan Redzwani Puteri baru saja menjangkau umur 24 tahun dan baru setahun mengenali diri masing-masing sebelum mengikat tali pertunangan.

Untuk pengetahuan semua, pada mulanyan Shah Jaszle ingin melaksanakan perkahwinan secepat yang mungkin, namun apabila diminta oleh ahli keluarga perempuan supaya mengikut adat memandangkan Redzwani Puteri merupakan puteri bongsu mereka.

Gambar Pertunangan Shahrizal Jaszle Dan Redzwani Puteri

Harapan admin agar hubungan pasangan ini akan berkekalan dan semoga mereka berdua berbahagia. Admin tengok pasangan ini memang sama padan "bagai pinang dibelah dua".

Jom lihat beberapa keping lagi gambar pertunangan Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri di bawah ini.

Kredit gambar: thephotolicious.com

7 Gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga Menunaikan Umrah

on 2 December 2012

Gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga Menunaikan Umrah

7 Gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga Menunaikan Umrah | Sudah lama juga kita tidak mendengar khabar angkasawan negara dan keluarga beliau. Berikut merupakan gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga termasuk anak mereka Bella ketika menunaikan umrah.

Untuk pengetahuan semua, isteri Sheikh Muszaphar, Haslina sedang mengandung anak kedua. Tahniah diucapkan dan semoga semuanya selamat.

Gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga Menunaikan Umrah

Gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga Menunaikan Umrah

Gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga Menunaikan Umrah

Gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga Menunaikan Umrah

Gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga Menunaikan Umrah

Gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga Menunaikan Umrah

Gambar Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor dan Keluarga Menunaikan Umrah

© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved