Penuntut IPT Sah Tidak Layak Mohon BR1M 2.0

on 1 October 2012

Penuntut IPT Sah Tidak Layak Mohon BR1M 2.0 | Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar atau penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun dan ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Baucar Buku 1Malaysia

Pelajat IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh Malaysia. Demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Isnin.

"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu.

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar pada Isnin berhubung pemberian BR1M 2.0 yang menyebutkan bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan tersebut.

Pengumuman BR1M 2.0 oleh Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1m 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500. Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250.
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. RM2000 tu basic gaji ke apa ye? ada kemusyikilan di situ

    ReplyDelete
  2. @baby comel Asslam, tak mungkin... dia kira full gaji termasuk komisen dan ot... hehhee... tapi apa2 pun cuba tanya kepada yg pernah dpt... nnti kita cuba kongsikan bila dpt tau kelak... (^_^)

    ReplyDelete
  3. Orang yang pernah apply tahun lepas kata RM2000 tu adalah basic salary kita.

    ReplyDelete
  4. @Hazmin Hamudin thanx Hazmin.... owhhhh, mcm tu...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved