Showing posts with label Belanjawan 2013 (Bajet 2013). Show all posts
Showing posts with label Belanjawan 2013 (Bajet 2013). Show all posts

Download Borang BR1M 2.0 - Bermula Pertengahan Oktober 2012

on 2 October 2012

Download Borang BR1M 2.0 - Bermula Pertengahan Oktober 2012 | Tak sangka ramai yang mencari untuk download online borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2013 yang lalu. Namun, borang BR1M 2.0 masih belum ada. So, kena bersabar sikit lagi.

Download Borang BR1M 2.0 - Bermula Pertengahan Oktober 2012

Menurut sumber, Borang BR1M 2.0 boleh diperolehi bermula pertengahan bulan Oktober 2012 sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan hari ini. Jadi diharap semua orang diharap bersabar dan kami akan cuba mengemakini berita tentang BR1M 2.0 di blog ini.

Mengikut perancangan Kementerian Kewangan, pihaknya menjangkakan pemohon yang layak boleh mula membuat permohonan bulan ini manakala pembayaran wang bantuan RM500 (atau RM250 untuk bujang) akan dilakukan bermula Januari 2013.


Kelayakan Memohon BR1M 2.0

> Bantuan RM500
  • Berkeluarga.
  • Hanya ketua keluarga (atau seorang wakil) layak mohon.
  • Berpendapatan isirumah dibawah RM3,000 sebulan.
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

> Bantuan RM250
  • Individu bujang
  • Berpendapatan bawah RM2,000 sebulan
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

> Mereka Yang Sudah Memohon BR1M 1.0 (kali pertama yang lepas)
  • Tidak perlu memohon lagi.
  • Tunggu dapat duit sahaja.

Borang BR1M 2.0 dijangka boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta akhbar tempatan. Kami juga akan cuba sediakan link download Borang Online BR1M 2.0 untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Sebagai makluman, borang online yang dimuat turun di internet (biasanya di scan dan upload) juga boleh digunakan untuk membuat permohonan. Pihak LHDN tidak pernah menghalang penggunaan borang scan BR1M berkenaan. Jadi kami rasa ianya sama juga dengan BR1M 2.0 ini.


Dikemaskini: 1 November 2012

Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula jika bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan.

Pendaftaran secara online (sistem dalam talian) bagi bantuan tunai RM500 (isi rumah) dan bantuan tunai RM250 (individu bujang) mahupun pengemaskinian BR1M 1.0 boleh dilakukan dengan klik pada pautan link di bawah.


Jika pemohon masih keliru dengan syarat permohonan sila rujuk nota pada laman pendaftaran tersebut. Manakal bagi panduan mengisi borang menggunakan Sistem Dalam Talian sila klik pada tajuk pautan disertakan.


Penuntut IPT Sah Tidak Layak Mohon BR1M 2.0

on 1 October 2012

Penuntut IPT Sah Tidak Layak Mohon BR1M 2.0 | Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar atau penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun dan ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Baucar Buku 1Malaysia

Pelajat IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh Malaysia. Demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Isnin.

"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu.

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar pada Isnin berhubung pemberian BR1M 2.0 yang menyebutkan bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan tersebut.

Pengumuman BR1M 2.0 oleh Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1m 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500. Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250.

Bajet 2013 - Intipati Penting Belanjawan 2013

on 29 September 2012

Bajet 2013 - Intipati Penting Belanjawan 2013 | Berikut adalah intipati penting dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada Jumaat (28 September 2012). Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".

Bajet 2013 - Intipati Penting Belanjawan 2013

Bajet 2013 - Intipati Penting Belanjawan 2013
  • Bonus penjawat awam sebanyak 1 bulan setengah gaji. ( Raya, Disember dan Januari)
  • Peruntukan untuk Bajet 2013 ialah RM251.6 billion. Perbelanjaan Mengurus ialah RM201.9 billion dan Peruntukan Pembangunan ialah RM49.7 billion.
  • Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
  • Govt will extend 50% discount on KTM Komuter fares to all Malaysians with Bagi merangsang pelaburan, krjn akan perhebat pelaksanaan 12 Bidang Utama Negara (NKEA)
  • BR1M 2.0: bantuan tunai RM500 kepada isirumah berpendapatan kurang daripada RM3,000
  • BR1M2.0: bantuan tunai RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000
  • Bagi pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), Skim Pembangunan PKS berjumlah RM1 billion akan dikendalikan oleh SME Bank
  • RM30 juta diperuntuk bagi Pelan Induk PKS (2012-2020), melibatkan 32 inisiatif termasuk 6 program berimpak tinggi
  • Dana Industri Halal pula sediakan RM200 juta untuk pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
  • Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM5,000 dan kerajaan akan biaya skim ini dengan peruntukan RM16 juta setahun
  • Perbadanan Nasional Bhd akan memperkenalkan program “Business In Transformation” menggunakan model “licensing” atau “franchising
  • PNB akan beri pinjaman RM25,000 bagi “licensee” & RM500,000 kepada “licensor” dalam usaha memodenkan perniagaan penjaja dan peniaga kecil
  • Kerajaan perkenal insentif cukai bagi menggalakkan pengusaha swasta dalam pembangunan industri minyak dan gas
    1) Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk 10 tahun; 
    2) pengecualian cukai pegangan; 
    3) pengecualian duti setem
  • Paddy farmers below 10 hectares will fall under the Paddy Takaful Coverage Scheme with compensation of up to RM13, 000
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta di peringkat awal penubuhan amanah perniagaan
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah akan diteruskan.
  • Bantuan Baucar buku akan diberikan dan ditingkatkan dari RM200 kepada RM250
  • Pelepasan cukai pendidikan anak-anak bermula dari gaji ibubapa yang berpendapatan RM6000
  • Untuk tambahbaik SPRM, 150 perjawatan akan ditambah sehingga 5,000 anggota
  • Geran RM10,000 kepada persatuan penduduk berdaftar untuk aktiviti rondaan di kawasan kejiranan dan mempertingkatkan peranan rukun negara
  • Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan
  • Diskaun 20% pinjaman pelajaran PTPTN akan diberikan kepada mereka yang mula membayar pada bulan Oktober 2012
  • Perluasan 5 RTC & mini RTC di seluruh negara bagi sediakan perkhidmatan komuniti dan hasil pertanian di satu pusat integrasi
  • Pembinaan 441 km jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa akan manfaatkan 220,000 penduduk
  • Projek bekalan air akan manfaatkan 24,000 rumah dan penyambungan bekalan elektrik akan manfaatkan 19,000 rumah
  • The My First Home Scheme will be improved to enable more Malaysians to own their first residential property.
Sumber: ammboi

Laporan Pembentangan Belanjawan 2013 (Bajet 2013) 28 September 2012

on 28 September 2012

Laporan Pembentangan Belanjawan 2013 (Bajet 2013) 28 September 2012Belanjawan 2013 (Bajet 2013) akan mula dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermula jam 4.00 petang 28 september 2012. Anda juga boleh menyaksikan pembentangan Belanjawan 2013 (Bajet 2013) secara online di RTM TV1. Selain itu, kami juga akan mengemaskini perkembangan terkini dari laporan pembentangan berkenaan.

Laporan Pembentangan Belanjawan 2013 (Bajet 2013) 28 September 2012

BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013) – LAPORAN PEMBENTANGAN 28 SEPTEMBER 2012
  • Pembentangan bermula jam 4.00 petang.
  • Berikut ialah intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, pada Jumaat. Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati".
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
  • RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
  • RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
  • RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  • Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  • Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  • SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  • Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  • Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
  • KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
  • Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
  • Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  • Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
  • Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  • Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  • Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  • Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
  • RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
  • Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
  • Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
  • RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
  • RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
  • RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
  • Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
  • RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  • RM9 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  • RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
  • RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
  • RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
  • Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan “Higher Order Thinking Skills”.
  • Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
  • Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
  • Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
  • Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.
  • Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
  • Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
  • Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015.
  • Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama.
  • Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang".
  • Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
  • Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
  • Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
  • Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
  • Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta.
  • Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
  • Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
  • Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
  • Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
  • Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.
  • Pengusaha bas sekolah yang membeli bas baru untuk mengantikan bas yang berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman.
  • Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan had maksimum perlindungan RM100,000.
  • RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah merangkumi bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.
  • Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan 2013 dengan peruntukan RM540 juta.
  • Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan pra-universiti dan nilai baucar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250.
  • Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  • Diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun.
  • 100 Pusat Internet 1Malaysia akan diwujudkan di kawasan perumahan rakyat bagi tempoh 2013 hingga 2015 dengan peruntukan RM150 juta.
  • Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang mana bayaran setengah bulan akan dibuat pada Dis 2012, manakala setengah bulan lagi pada Jan 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.
Laporan Pembentangan Belanjawan 2013 (Bajet 2013)


 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved