Showing posts with label Baucar Buku 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Baucar Buku 1Malaysia. Show all posts

Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2014

on 28 October 2013

Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2014
Sumber: www.melvister.com

Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014 | Rasanya semua sedia maklum tentang pembentangan bajet 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib baru – baru ni. Melalui pembentangan bajet 2014 ini, pihak kerajaan khususnya bercadang meneruskan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai awal tahun 2014.

Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia untuk tahun 2014 adalah kekal seperti tahun ini di mana jumlah yang akan diterima ialah sebanyak RM250. Pelajar akan menerima 5 keping Baucar Buku 1 Malaysia dan setiap satu keping bernilai RM50..

Tujuan Program Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014

  • Nilai Bantuan Baucar Buku 1Malaysia iaitu RM250 kepada setiap pelajar adalah untuk mengurangkan bebanan pelajar membeli buku dan peralatan alat tulis ketika di universiti.

Nilai Bantuan BB1M 2014

  • RM250

Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar dan sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Pelajar dan sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Mengikuti program Pra universiti (Program Matrikulasi dan Tingkatan 6)

Cara Pemberian / Pengagihan Baucar Buku 1Malaysia 2014

  • Anda tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan BB1M 2014
  • Pihak institusi atau kolej/ universiti akan menguruskan segala pemberian BB1M mulai awal tahun 2014.
  • Pihak Kolej/ Universiti akan umumkan tarikh pemberian BR1M di Kolej masing-masing.
  • Tarikh pemberian BB1M adalah berbeza mengikut institusi masing-masing.
  • Pelajar boleh menggunakan baucar tersebut dimana-mana kedai buku yang terpapar atau tertera menerima Baucar Buku 1Malaysia.

Tarikh Pemberian BB1M 2014

  • Dijangka mula diagihkan mulai awal tahun 2014 secara berperingkat. Baucar Buku tidak boleh ditunaikan atau dijual mahupun ditukar hak milik.

Tarikh Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2013 Diedarkan

on 11 October 2012

Tarikh Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2013 Diedarkan | Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) akan diedarkan mulai awal Januari 2013. Baucar buku ini bertujuan untuk membantu pelajar di Institusi Pengajian Tinggi untuk membeli buku dan alatan tulis. Pemberian BB1M kali kedua ini berjumlah RM250 dan boleh diguna pakai di seluruh kedai buku yang mengambil bahagian.

Tarikh Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2013 Diedarkan

Semua pelajar boleh mendapatkan baucar buku tersebut di kolej atau universiti masing-masing mulai awal tahun 2013. Perlu diingatkan bahawa baucar tersebut tidak boleh dijual dan tindakan yang tegas akan dikenakan kepada individu yang terlibat.

Penuntut IPT Sah Tidak Layak Mohon BR1M 2.0

on 1 October 2012

Penuntut IPT Sah Tidak Layak Mohon BR1M 2.0 | Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar atau penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun dan ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Baucar Buku 1Malaysia

Pelajat IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh Malaysia. Demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Isnin.

"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu.

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar pada Isnin berhubung pemberian BR1M 2.0 yang menyebutkan bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan tersebut.

Pengumuman BR1M 2.0 oleh Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1m 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500. Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250.
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved