Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2014

on 28 October 2013

Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2014
Sumber: www.melvister.com

Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014 | Rasanya semua sedia maklum tentang pembentangan bajet 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib baru – baru ni. Melalui pembentangan bajet 2014 ini, pihak kerajaan khususnya bercadang meneruskan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai awal tahun 2014.

Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia untuk tahun 2014 adalah kekal seperti tahun ini di mana jumlah yang akan diterima ialah sebanyak RM250. Pelajar akan menerima 5 keping Baucar Buku 1 Malaysia dan setiap satu keping bernilai RM50..

Tujuan Program Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014

  • Nilai Bantuan Baucar Buku 1Malaysia iaitu RM250 kepada setiap pelajar adalah untuk mengurangkan bebanan pelajar membeli buku dan peralatan alat tulis ketika di universiti.

Nilai Bantuan BB1M 2014

  • RM250

Syarat Kelayakan Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar dan sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Pelajar dan sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Mengikuti program Pra universiti (Program Matrikulasi dan Tingkatan 6)

Cara Pemberian / Pengagihan Baucar Buku 1Malaysia 2014

  • Anda tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan BB1M 2014
  • Pihak institusi atau kolej/ universiti akan menguruskan segala pemberian BB1M mulai awal tahun 2014.
  • Pihak Kolej/ Universiti akan umumkan tarikh pemberian BR1M di Kolej masing-masing.
  • Tarikh pemberian BB1M adalah berbeza mengikut institusi masing-masing.
  • Pelajar boleh menggunakan baucar tersebut dimana-mana kedai buku yang terpapar atau tertera menerima Baucar Buku 1Malaysia.

Tarikh Pemberian BB1M 2014

  • Dijangka mula diagihkan mulai awal tahun 2014 secara berperingkat. Baucar Buku tidak boleh ditunaikan atau dijual mahupun ditukar hak milik.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved