Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

on 28 October 2013

Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 - BR1M 3.0

Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 | Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai antuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
Buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 - BR1M 3.0

Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700. Manakala isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 yang menerima bantuan BR1M sebanyak RM450, juga akan menerima caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.

Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
  • Isi Rumah Berpendapatan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah

Tarikh Permohonan BR1M 3.0 Online

  • Permohonan BR1M 3.0 dijangka akan dibuka mulai bulan November 2013.


Sumber: www.melvister.com
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. Terima kasih bgtau, tapi rasanya saya tak layak nak memohon nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... mesti tinggi gaji nie kan.. hehhehe

      Delete
  2. NAK TANYA SKIT NI.....ORG YG DAH PERNAH TERIMA Br1M SEBELUM NI, TAK PERLU ISI BORANG 2014 DAH KAN? KIRA AUTOMATIC DAPAT LA KAN?

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved