Borang Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 - Pendaftaran Pemohon Baru | Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”..
Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun ini juga lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan.
Jadi pada tahun ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 turut diperluaskan dan dinaikkan nilainya.
Kadar Pemberian & Syarat BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
Berikut adalah informasi mengenai kadar pemberian dan syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan:
Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 ke bawah
- Bantuan RM650
- i-BR1M: RM50
- Warganegara Malaysia
- Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 hingga RM4,000
- Bantuan RM450
- i-BR1M: RM50
- Warganegara Malaysia
- Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Individu (Bujang) Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah Termasuk Balu atau Janda mahupun duda
- Bantuan RM300
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Tidak mempunyai tanggungan
- Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya:
- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas (sebatang kara)
Caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M)
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Menurut maklumat awal, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali ketiga. Mereka telah layak secara automatik.
Selain itu, Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan.
Di Mana Borang Permohonan BR1M 3.0 Boleh Didapati?
Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
- Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang memenuhi kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya:
- Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)
Untuk tahun sebelumnya pendaftaran BR1M turut boleh dibuat secara dalam talian (online)
Terkini: Pengumuman Terkini Permohonan BR1M 3.0
Menerusi kenyataan media, permohonan BR1M 3.0 telah dibuka mulai 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma.
Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online
Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:
Download Borang BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
Nota Penting: Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 telah dibuka mulai 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.
Artikel ini adalah tentang penyebaran maklumat awal sahaja, penulis akan mengemaskini ruangan ini lagi dan akan memaklumkan info selanjutnya sekiranya pihak yang terlibat telah mengumumkan tarikh permohonan BR1M 3.0 dibuka
Sumber
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment