(Video) Gara-Gara Kena Marah, Pelajar Perempuan Tendang Kemaluan Cikgu

on 10 September 2012

(Video) Gara-Gara Kena Marah, Pelajar Perempuan Tendang Kemaluan Cikgu | Siapa yang tahan sekiranya dimarah dan dimalukan di hadapan orang ramai secara melampau, tambah-tambah lagi dimarah oleh seorang guru lelaki yang agresif di hadapan rakan-rakan yang lain. Mungkin disebabkan kejadian itu, seorang guru lelaki terpaksa menahan kesakitan di bahagian kemaluan akibat ditendang oleh pelajar perempuan yang dimarahinya.

(Video + Gambar) Gara-Gara Kena Marah, Pelajar Perempuan Tendang Kemaluan Cikgu

Seorang pelajar perempuan yang tidak mampu menahan diri selepas dibuli oleh seorang guru lelaki di hadapan rakan-rakan lain, telah bertindak dengan menendang guru tersebut di bahagian kemaluan.

Insiden yang menggelikan hati ini sempat dirakam oleh salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut melalui sebuah telefon bimbit sewaktu proses pembelajaran bahasa Inggeris di sebuah sekolah yang tidak dinyatakan lokasinya di Russia.

Pelajar malang yang berambut panjang berwarna perang tersebut telah didenda di hadapan kelas di mana dia telah dimarahi dan dimalukan oleh guru tersebut.

Dia kelihatan menundukkan kepalanya ke bawah dan menghadapai 'seksaan' tersebut. Namun, tindakan pelajar perempuan tersebut telah memberi kejutan kepada gurunya serta murid-murid lain di dalam kelas itu sebelum bertindak melarikn diri keluar daripada kelas.


Note: Murid-murid zaman sekarang kurang rasa hormat terhadap guru mereka. Mungkin juga akibat daripada kesilapan guru itu sendiri juga yang bertindak melampaui batas dalam mendidik dan memberi nasihat. Selain itu, ibubapa seharusnya mendidik anak-anak di rumah secukupnya dan bukan hanya bergantung kepada guru di sekolah semata-mata.

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. hadoi.. kadang2 nampak kelakar pulak.. hahaha.. tapi tu la, budak2 sekarang ni dah lain macam la..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved