Nurul Syuhada Dan TV3 Mohon Maaf

on 3 September 2012

Nurul Syuhada Dan TV3 Mohon Maaf | Stesen televisyen TV3 dan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, (gambar kecil) kini membuat permemohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak yang dikatakan daif.

Nurul Syuhada Dan TV3 Mohon Maaf

TV3 membuat permohonan maaf dalam 1 kenyataan di sini semalam sementara Nurul Syuhada pula menulisnya dalam laman sosial Facebook beliau selepas menerima kritikan dan gesaan pelbagai pihak supaya berbuat demikian.

Sebagai seorang anak jati Malaysia, saya tidak pernah dan tidak akan kritik tanah air saya serta mana-mana wilayah negara ini dan kepada orang-orang yang tersinggung, saya minta maaf,” kata Nurul Syuhada dalam laman web sosial itu semalam.

Beliau turut memetik kembali ulasan yang dibuatnya dalam program tersebut yang menimbulkan rasa kurang senang terutama masyarakat di Bintulu yang berbunyi:
“Kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan…berjaya dan terus mengangkat bandar itu (Bintulu) sendiri.”
Selain memohon maaf, Nurul Syuhada yang dikecam dalam Facebook sempat mengingatkan kepada mana-mana pihak yang menyemai perasaan kebencian terhadapnya bahawa mereka akan diadili oleh Tuhan.

Dalam pada itu, Unit Perhubungan Awam TV3 dalam kenyataannya mereka semalam menyatakan, isu tersebut timbul ekoran salah tafsir sesetengah pihak mengenai ulasan pengacara MHI itu.

“Bagi pihak TV3, kami sekali lagi ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini sewaktu siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas.

“Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak. Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat bagi memburukkan bandar tersebut,” jelasnya.

Sejurus selepas program tersebut, pelbagai pihak termasuk Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menggesa Nurul meminta maaf secara terbuka terhadap kenyataannya sewaktu lintas langsung itu.

Naib Ketua Pemuda PBB, Pandi Suhaili dilaporkan berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar tersebut sebagai daif walhal ia antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menerusi hasil gas dan minyak.

Bintulu bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini. - Nurul Syuhada Serta TV3 Memohon Maaf 

Sumber: Forblogger.net
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved