Baru Berkahwin, Izreen Azminda Dan Riza Sudah Berpisah? | Perkahwinan mereka masih baharu, namun ujian getir menanti apabila mereka terpaksa berpisah. Itu takdir yang melanda pasangan pengantin baharu, aktres Izreen Azminda dan suaminya, jurukamera, Muhammad Riza Baharudin atau Riza.
Belum pun puas bermesra sebagai suami isteri selepas dinikahkan pada 30 Ogos lepas, pasangan ini sudah pun diuji apabila terpaksa berpisah selama 13 hari dek tuntutan kerjaya masing-masing. Izreen terbang ke Seoul, Korea Selatan kira-kira 24 jam selepas majlis persandingan pada sebelah malam 31 Ogos bagi mengikuti kru produksi untuk penggambaran drama bersiri, Julia.
“Pada pukul 11.30 malam 1 September (lalu) saya berangkat ke Korea Selatan. Tipu jika saya kata tidak sedih meninggalkan suami. Pertama kali kahwin dan baru mahu merasai hidup berumah tangga terpaksa ‘berpisah’,'” ujar Izreen.
Biarpun terpaksa melalui ujian getir itu, namun tanggal 30 Ogos 2012 sebenarnya telah menjadi detik istimewa dan bersejarah bagi pemilik nama Izreen Azminda Aznam. Jika pada tahun-tahun sebelum ini, aktres penuh karakter ini menyambut hari lahir dengan hanya menerima hadiah seperti coklat, bunga dan anak patung, namun pada ulang tahun ke-27 pada tahun ini, ‘hadiah’ yang diperoleh amat berbeza dan istimewa. (Sumber)
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment