Adakah Kartun SpongeBob Memberikan Kesan Buruk? | Tidak dinafikan apabila kita menonton rancangan siri animasi SpongeBob SquarePants, tidak kering gusi kita dibuatnya. Namun terdapat tanggapan negatif mengenai siri animasi SpongeBob SquarePants. Ikuti ulasan ini.
Hampir setiap hari rancangan kartun SpongeBob SquarePants disiarkan pada jam 5.30 petang di TV9. Namun jika kita lihat terdapat pro dan kontra siri animasi ini ditayangkan kepada kanak-kanak terutamanya. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pediatricks edisi 12 September, seramai 60 kanak-kanak berusia 4 tahun di beri tugas menonton cerita kartun animasi SpongeBob selama 9 minit. Setelah selesai tontonan, kanak-kanak tadi diambil ujian fungsi mental mereka hasilnya kanak-kanak yang yang menonton kartun SpongeBob terukur lebih buruk berbanding rakan-rakan mereka yang tidak menonton.
Tayangan animasi SpongeBob dengan GERAK CEPAT serta KAREKTER FANTASI mungkin terlalu banyak dan rumit untuk dicerna oleh otak kanak-kanak dalam usia prasekolah.
‘SPONGEBOB SQUAREPANTS’ boleh memberi kesan NEGATIF pada fungsi FOKUS dan MEMORI anak-anak yang berusia 4 tahun. Semua kesan itu hanya memerlukan waktu kurang 10 minit dari masa tayangannya.
“…fungsi eksekutif pada dasarnya untuk mengukur kemampuan anda untuk tetap pada tugas, tidak terganggu dan untuk bertahan pada tugas “. Menurut seorang doktor kanak2 yang bertugas di klinik kanak-kanak Seattle, Dr.Dimitri Christakis.
”Ramai ibubapa memiliki aturan tentang jumlah program tv yang anak-anak mereka boleh tonton tetapi jauh sedikit pada BATASAN isi kandungan apa yang anak-anak mereka tonton“.
Seterusnya Dr.Dimitri Christakis mengesyorkan pada ibubapa. Mereka perlu menyedari bahawa kartun jenis ini TIDAK SESUAI untuk anak-anak mereka.
Manakala pihak Nickelodeon yang memiliki hak ke atas kartun SpongeBob SquarePants, MEMBANTAH keras keatas hasil temuan itu. Mereka menegaskan siri kartun itu diarahkan sesuai untuk kanak-kanak usia 6 hingga 11 tahun.
Melayukini.net - Mungkin ada yang menganggap siri animasi SpongeBob SquarePants adalah siri yang ringan dan tidak memberikan kesan negatif. Namun ia tidak ada masalah bagi orang dewasa, namun penerimaan kanak-kanak agak berbeza dari kita. Oleh itu kita perlu mengawal anak-anak kita dari menonton siri animasi kartun yang tidak memberikan sebarang pendidikan dari segi nasihat dan sebagainya.
Sumber: Melayukini
thanks for sharing..:D
ReplyDeleteyeke..baru tau...
ReplyDeletethanks for sharing.. baru tau ni :)
ReplyDeletebetul jugak tu..
ReplyDelete