Banyak Konflik Dalaman - Isteri Sham Kamikaze Mohon Cerai

on 3 September 2012

Banyak Konflik Dalaman - Isteri Sham Kamikaze Mohon Cerai | Sebelum ini heboh kisah pernikahan kali keduanya diperkatakan, kali ini kita semua dikejutkan dengan berita isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham Kamikaze, Farazila Abdul Jabar yang memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos 2012 lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Banyak Konflik Dalaman - Isteri Sham Kamikaze Mohon Cerai

Dipetik daripada portal berita Media Hiburan, Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu untuk memulihkan rumah tangganya tidak berjaya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia. Selain itu, Farazila juga turut menjelaskan kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu bukanlah faktor utama yang membawa kepada perceraian ini.

“Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya. Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini,” katanya lagi.

Sebelum ini Sham menafikan dia sudah bernikah pada 16 Januari 2012 di Pulau Pinang sambil menganggap gosip itu sebagai fitnah yang merosakkan reputasinya sebagai pendakwah baru. (Sumber)
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved