Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Tonton Menjinak Ombak Full Episode - Zehra TV3

on 8 December 2013

Tonton Menjinak Ombak Full Episode - Zehra TV3

Tonton Menjinak Ombak Full Episode - Zehra TV3 | Selepas berakhirnya drama ‘Kampung Girl’, slot drama TV3 Zehra kembali mempersembahkan sebuah drama bersiri yang penuh misteri, Menjinak Ombak bermula 6 Disember 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Eurofine Studios Sdn Bhd ini diarahkan oleh Along Kamaruddin, nukilan skrip oleh Azlan Din dan membariskanan pelakon popular tanahair seperti Shukri Yahya (Firhad), Fezrul Khan (Tengku Fatah), Risteena (Syakinah), Talha Harith (Asyraf) dan ramai lagi.

"Menjinak Ombak"




SLOT : Zehra
LIVE : TV3
HARI : Setiap Jumaat
MASA : 9.00pm
MULA TAYANGAN : 6 Disember 2013
LAKONAN : Nur Risteena, Fezrul Khan, Chomel Fana, Talha Harith, Ainina Ahmad B, Dian P. Ramlee.
Lagu Tema/Lagu Latar Menjinak Ombak : -
JUMLAH EPISODE : 13 Episod

Tonton online di www.tonton.com.my

Tonton Menjinak Ombak - Zehra


kredit: KepalaBergetar

Sinopsis Playboy Itu Suami Aku (PISA)

on 10 November 2013

Sinopsis Playboy Itu Suami Aku (PISA)

Sinopsis Playboy Itu Suami Aku (PISA) | Drama 'Playboy Itu Suami Aku' bakal menggantikan drama Love You Mr. Arrogant dan bakal bersiaran pada 11 November 2013 nantikan drama adaptasi novel "Playboy Itu Suami Aku". Lakonan Chacha Maembong (Fisya) , Fattah (King Adrian) dan Nur Risteena (Fina @ Afina Aulia).


"Playboy Itu Suami Aku"


SLOT: Akasia
LIVE: TV3
HARI: Setiap Isnin - Khamis
MASA: 7.00pm
MULA TAYANGAN: 11 November 2013
LAKONANDibintangi oleh Fattah Amin, Nur Risteena, Cha Cha Maembong, Wan Sharmila, Noralbaniah, Dilla Ahmad, Puteri Najuwa, Jay Iswazir, Khairil Anwar dan ramai lagi.
Lagu Tema/Lagu Latar Love You Mr. ArrogantRindukahlah - oleh Encik Mimpi
JUMLAH EPISODE: N/A

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku (PISA)


Playboy Itu Suami Aku’ mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.

Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.

Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.

Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.

Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.

Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.

Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?

Promo Drama Playboy Itu Suami Aku Slot Akasia TV3


Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012

on 7 April 2013

Keputusan Anugerah Bintang Popular Baerita Harian (ABPBH) 2012

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 Pada 7 April 2013 | Berikut adalah keputusan ABPBH 2012 yang berlangsung menerusi TV3 dan Hot.FM stesen radio rasmi ABPBH. Selain itu, anda juga boleh menonton secara online di Tonton/TV3 atau di abpbh.com.my

Keputusan akan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) 7 April 2013 akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman pemenang diumumkan.

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012

*Pemenang akan bertanda 'bold'


Bintang Paling Popular ABPBH 2012

Shaheizy Sam

Artis Baru Lelaki Popular

Aiman Hakim Ridza


Artis Baru Wanita Popular

Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

Black/Malique

Penyanyi Lelaki Popular

Hafiz

Penyanyi Wanita Popular

Shila Amzah

Pelakon TV Lelaki Popular

Aaron Aziz


Pelakon TV Wanita Popular

Nabila Huda

Pelakon Filem Lelaki Popular

Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular

Yana Samsuddin

Artis Komedi Lelaki Popular

Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular

Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular

Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular

Faizal Ismail


Penyampai Radio Wanita Popular

Fara Fauzana


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat


Kumpulam Rock SEARCH



- -- - -- - -- - -- - -- - -- - -- -
Kategori Online
- -- - -- - -- - -- - -- - -- - -- -

Watak Jahat Dalam Filem atau Drama Popular

Sofi Jikan

Gandingan di Layar Serasi

Johan & Zizan Razak

Watak Animasi Tempatan Popular

Upin & Ipin


Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial

Zizan Razak

Artis Lelaki Stailo

Zizan Razak

Artis Wanita Stailo

Melissa Francis

Artis Asia Paling Popular

Zizan Razak

Tahniah kepada semua pemenang! Siapa pilihan anda pula?

Live Streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) 7 April 2013

Live Streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) 7 April 2013

Live Streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 7 April 2013 | Anugerah yang paling berprestij di Malaysia kembali lagi iaitu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012). Malam kemuncak ABPBH 2012 akan dilangsungkan di Stadium Putra pada 7 April 2013.

Acara kemuncak bagi ABPBH 2012 akan disiarkan secara langsung di TV3 dan juga Radio Hot.FM pada jam 9.00 malam. Bagi mereka yang ingin menonton secara online live streaming, anda boleh klik laman pautan di bawah.


Live Streaming ABPBH 2012



Senarai Calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012)

*Pemenang akan bertanda 'bold'


BINTANG PALING POPULAR ABPBH 2012


1. Shaheizy Sam

ARTIS BARU LELAKI POPULAR

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

ARTIS BARU WANITA POPULAR

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

PELAKON FILEM WANITA POPULAR

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

PELAKON TV LELAKI POPULAR

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari

PELAKON TV WANITA POPULAR

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

PENGACARA TV LELAKI POPULAR

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

PENGACARA TV WANITA POPULAR

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR

1. AG
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR

1. Abby Fana
2. DJ Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

PENYANYI LELAKI POPULAR

1. Aizat Amdan
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz Suip
5. Hazama

PENYANYI WANITA POPULAR

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna


ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT

1. SEARCH


WATAK JAHAT DALAM FILEM ATAU DRAMA POPULAR

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

GANDINGAN DI LAYAR SERASI

1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

WATAK ANIMASI TEMPATAN POPULAR ABPBH

1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN MEDIA SOSIAL

1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

ARTIS LELAKI STAILO

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

ARTIS WANITA STAILO

1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsudin

ARTIS ASIA PALING POPULAR

1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

*Pemenang akan bertanda 'bold'

Siapakah yang akan menjadi juara pada malam ni? Nantikan keputusan pada malam kemuncak ABPBH 2012 malam ni.

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013

on 6 January 2013

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013 | Keputusan penuh AJL27 yang berlangsung malam ini akan dikemaskini apabila Anugerah Juara Lagu 27 melabuhkan tirai. Nampaknya AJL27 kali ini diadakan dengan begitu meriah dari sebelumnya. 

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-27 baru saja diumumkan dan pemenang-pemenangnya ialah seperti di bawah:


Juara AJL27

Terukir di Bintang
Artis : Aizat
Komposer : Yuna
Lirik : Yuna

Tempat Kedua (Naib Juara)

Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Lirik : Azlan

Tempat Ketiga

Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer : Ajai
Lirik : Ajai

Vokal Terbaik

Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer : Ajai
Lirik : Ajai

Persembahan Terbaik 

Teman Pengganti
Artis : Black
Komposer : Malique
Lirik : Malique

Live Streaming Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013

Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013 | Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil bermula pada pukul 9.00 malam Ahad 6 Januari 2013. Untuk pengetahuan anda, pihak TV3 dengan bermurah hati menawarkan siaran secara langsung secara live stream di internet.

Live Streaming Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013

Mungkinkah AJL27 kali ini akan berlaku kejutan yang tak diduga seperti sebelum ini? Sama-sama kita saksikan pada malam ini.

Sebagai info, Juara AJL27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000 manakala tempat ketiga akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.


Tonton Live Streaming AJL27 2013:


Senarai Lagu AJL27:

1. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Lirik : Azlan

2. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Lirik : Tun Teja

3. Anak Kampung
Artis : Jimmy Palikat & One Nation Emcees
Komposer : Jimmy Palikat
Artis : Jimmy Palikat & One Nation Emcees

4. Terukir di Bintang
Artis : Yuna
Komposer : Yuna
Lirik : Yuna

5. Ombak Rindu
Artis : Hafiz & Adira
Komposer : Zaidi
Lirik : Zaidi

6. Tanpamu
Artis : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Lirik : Amir Jahari

7. Lagu
Artis : Bedroom Sentuari
Komposer : Bo Amir Iqram
Lirik : Bo Amir Iqram

8. Teman Pengganti
Artis : Black
Komposer : Malique
Lirik : Malique

9. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer : Ajai
Lirik : Ajai

10. Simetri
Artis : Hazama & Amy Search
Komposer : Audi Mok
Lirik : Firdaus

11. Andai ku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

12. Patah Seribu
Artis : Shila Amzah
Komposer : Shila Amzah
Lirik : Shila Amzah

Nurul Syuhada Rancang Menimang Anak Selepas Berhenti, Ingin Berehat

on 7 September 2012

Nurul Syuhada Rancang Menimang Anak Selepas Berhenti, Ingin Berehat | Berita yang pengacara popular TV3 ini meletakkan jawatan lewat petang semalam menjadi satu bualan hangat di’kalangan peminat dunia hiburan tempatan.

Nurul Syuhada Rancang Menimang Anak Selepas Berhenti, Ingin Berehat

Nurul Syuhada Nurul Ain dalam temubual bersama media mengakui yang beliau sudah pun melepaskan jawatan tetap di TV3 sebulan yang lalu & kini bekerja secara sambilan.

Menurut beliau, selepas enam tahun bersama TV3 kini rasanya masa sudah tiba untuk beliau berehat & tidak terikat dengan jadual kerja yang menuntut komitmen yang tinggi.

“Suami saya pun ada meminta supaya saya kurangkan aktiviti yang melibatkan kerja saya sebagai wartawan sepenuh masa seperti sebelum ini,” ujar Nurul Syuhada.

Menafikan isu Bintulu ‘daif’ & keputusan beliau untuk berhijab menjadi punca, Nurul Syuhada turut mengakui yang beliau kini merancang untuk menimang cahayamata pertama.

Nurul Syuhada juga tidak akan lagi menjadi pengacara Majalah 3 & berkata ingin melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau Islamik.

Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3?

on 6 September 2012

Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3?Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3? | Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku. Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Sumber : Mynewshub

Sinopsis Drama Aksi TV3 Bini-Bini Perkasa

on 3 September 2012


Sinopsis Drama Aksi TV3 Bini-Bini Perkasa | Bermula malam ini, anda boleh saksikan sebuah drama bersiri aksi komedi, “Bini-Bini Perkasa” yang diadaptasikan daripada filem Bini-Biniku Gangster. Ianya disiarkan setiap hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Aksi TV3.

Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh MIG Production dan diarahkan oleh Ismail Bob Hashim masih mengekalkan pelakon asal filem iaitu Yana Samsudin dan Intan Ladyana serta menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Fezrul Khan, Fadzil Zahari, Nizam Zaidi, Alex Yanz, Epy, Along Ezendy, Zul Suphian, Ruzaidi Abd Rahman, Zaidi Omar dan Afira Liyana.


Sinopsis Bini-Bini Perkasa | Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster. Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan.

Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie. Manja sering menyerahkan semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya.

Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga kemungkinan yang Manja mandul.

Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka. Riana yang berperwatakan lembut merupakan seorang feminis yang selalu mahu membuktikan kemampuan dirinya yang boleh bersaing dengan abangnya, Ringgo.

Riana menganggap ayahnya lebih menyayangi anak lelaki dan tidak mempercayai kebolehannya. Apa yang Riana tidak tahu adalah sebenarnya ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat kepada ayah Manja. Riana yang pada mulanya menurut arahan ayahnya untuk mendekati Hairi akhirnya jatuh hati dengan sikap penyayang Hairi.

Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din Unta bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan “Bini-Bini Perkasa” menerusi slot Aksi, bermula 3 September 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengetahui kesudahannya.

Nurul Syuhada Dan TV3 Mohon Maaf

Nurul Syuhada Dan TV3 Mohon Maaf | Stesen televisyen TV3 dan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, (gambar kecil) kini membuat permemohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak yang dikatakan daif.

Nurul Syuhada Dan TV3 Mohon Maaf

TV3 membuat permohonan maaf dalam 1 kenyataan di sini semalam sementara Nurul Syuhada pula menulisnya dalam laman sosial Facebook beliau selepas menerima kritikan dan gesaan pelbagai pihak supaya berbuat demikian.

Sebagai seorang anak jati Malaysia, saya tidak pernah dan tidak akan kritik tanah air saya serta mana-mana wilayah negara ini dan kepada orang-orang yang tersinggung, saya minta maaf,” kata Nurul Syuhada dalam laman web sosial itu semalam.

Beliau turut memetik kembali ulasan yang dibuatnya dalam program tersebut yang menimbulkan rasa kurang senang terutama masyarakat di Bintulu yang berbunyi:
“Kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan…berjaya dan terus mengangkat bandar itu (Bintulu) sendiri.”
Selain memohon maaf, Nurul Syuhada yang dikecam dalam Facebook sempat mengingatkan kepada mana-mana pihak yang menyemai perasaan kebencian terhadapnya bahawa mereka akan diadili oleh Tuhan.

Dalam pada itu, Unit Perhubungan Awam TV3 dalam kenyataannya mereka semalam menyatakan, isu tersebut timbul ekoran salah tafsir sesetengah pihak mengenai ulasan pengacara MHI itu.

“Bagi pihak TV3, kami sekali lagi ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini sewaktu siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas.

“Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak. Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat bagi memburukkan bandar tersebut,” jelasnya.

Sejurus selepas program tersebut, pelbagai pihak termasuk Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menggesa Nurul meminta maaf secara terbuka terhadap kenyataannya sewaktu lintas langsung itu.

Naib Ketua Pemuda PBB, Pandi Suhaili dilaporkan berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar tersebut sebagai daif walhal ia antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menerusi hasil gas dan minyak.

Bintulu bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini. - Nurul Syuhada Serta TV3 Memohon Maaf 

Sumber: Forblogger.net
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved