Guna Darah Haid Dan Sperma Gajah Untuk Sihir Suami

on 30 September 2012

Guna Darah Haid Dan Sperma Gajah Untuk Sihir Suami | Seorang isteri durjana tergamak menggunakan darah haidnya dan sperma gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Guna Darah Haid Dan Sperma Gajah Untuk Sihir Suami

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila suami malang itu meminum air tangkal tersebut, si suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Selain dari dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Kuala Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

Sumber: forblogger
Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

  1. Jhatnye..mntak2 djauhkn pkre bgni drku wlupn at ni dskiti 1hr nt..amin..

    ReplyDelete
  2. Takut dengar cerita2 camni.. xcium bau syurga kan kalau camni. suami sepatutnya dihormati, letaknya di tempat tertinggi.. Ya Allah,

    ReplyDelete
  3. @baby comel mungkin juga.... tak tahulah kenapa lah ada juga wujud org mcm nie... sepatutnya dia tu bersyukur... Aku harap kita dapat dihindarkan dari perkara2 mcm nie.. Aminnn

    ReplyDelete
  4. kompem ahli neraka, kalau isteri tu betul2 mengamalkan bende gini...

    ReplyDelete
  5. dahlah derhaka pada suami, lepas tu menyekutukan Allah pulak.. adoi... mintak dijauhkanlah kita yang lelaki ni daripada perkara2 macam ni

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved