(Gambar) 5 Orang Yang Diiktiraf Paling Genius Di Dunia

on 30 September 2012

5 Orang Yang Diiktiraf Paling Genius Di Dunia | Manusia genius merupakan suatu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada insan terpilih. Menjadi insan yang genius dan luar biasa adalah kurniaan daripada Allah SWT kepada hambaNya. Ada juga insan yang tidak pernah belajar secara bersungguh-sungguh pun dapat mengecapi nikmat sebagai pelajar genius. Walaupun hakikatnya, terdapat ramai orang berusaha bagai nak ‘mati’ tetapi keputusannya kurang memuaskan. Di bawah ini merupakan 5 orang manusia yang diiktiraf antara paling genius di dunia. kemahiran mereka adalah mengikut kepakaran masing-masing dan semestinya ia lebih kepada bidang pekerjaan yang dianggap profesion bekerjaya. Jom lihat siapakah manusia yang paling genius itu?

5. Marco Calasan

Marco Calasan

Jurutera genius yang berasal daripada Macedonia ini merupakan seorang jurutera Miscrosoft paling termuda dunia. Beliau yang baru berusia 10 tahun ini telah dianugerahkan 4 sijil daripada Microsoft dan telah menulis sebuah buku di Microsoft Windows 7.

4. Terence Tao

Terence Tao

Memperoleh Masters ketika berumur 17 tahun, mendapat gelaran doktor pada 20 tahun, serta menjadi Profesor of Mathematics sewaktu berumur 24 tahun.

3. Alia Sabur

Alia Sabur

Guinness World Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia.

2. March Boedihardjo

March Boedihardjo

Mendapat tajaan untuk sambung PhD di Oxford University ketika berumur 14 tahun, sekaligus menjadikan beliau sebagai pelajar paling muda di universiti tersebut.

1. Ainan Cawley

Ainan Cawley

Gelaran manusia paling genius di dunia diberikan kepada budak cilik ini. Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, beliau berjaya menguasai dalam bidang Kimia dan Fizik. Sekarang, beliau meneruskan pelajarannya di University of Help di Malaysia pada umur 10 tahun.

Note - Inilah wajah-wajah insan yang diberikan sedikit kelebihan yang mana mampu berfikir jauh berbanding orang lain. Kepandaian mereka tidak boleh disangkal lagi, ibarat seseorang itu kalau belajar pun, tidak perlu baca buku sangat dah boleh skor dalam peperiksaan. Namun dengan kelebihan yang kita ada, janganlah kita kufur dengan nikmat yang diberikan.


Sumber: melayukini
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. kurniaan dr Allah SWT pd mrk..hrp mrk dpt gunakan kelbhan tu utk kebaikan bsame :)

    ReplyDelete
  2. @Mira Adzlia Aminnn... mudah2anlah doa Mira diterima... (^_^)

    ReplyDelete
  3. Anugerah Allah S.W.T.Tak Terkata.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved