Dua Remaja Lelaki Ditangkap Lakukan Hubungan Sejenis Dalam Bulan Ramadhan

on 16 August 2012

Dua Remaja Lelaki Ditangkap Lakukan Hubungan Sejenis Dalam Bulan Ramadhan | Dahlah melakukan dosa terkutuk, dalam bulan Ramadhan pulak tu. Inilah kalau Allah nak tunjuk dosa mereka ni memang sah-sah kena serbu dalam keadaan aib. Diharap cerita ini menjadi pengajaran buat semua.

Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis. Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Dua Remaja Lelaki Ditangkap Lakukan Hubungan Sejenis Dalam Bulan Ramadhan

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara. Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah. (Sinar Harian)

Subhanallah, apa nak jadi pada anak muda zaman sekarang. Ada yang halal dok kejar jugak yang haram.

Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. amat menjijikkan

    ReplyDelete
  2. coli??? adoiyaiiiiiii.. memalukan

    ReplyDelete
  3. ya allah ...memang nak kena sumpah seranah brader-brader sejenis ni

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved