Google Tidak Mahu Padam Video Hina Islam dan Nabi Muhammad

on 15 September 2012

Google Tidak Mahu Padam Video Hina Islam dan Nabi Muhammad | Google yang merupakan pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW, ‘Innocence Of Muslim‘ walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara Islam di dunia.

Google Tidak Mahu Padam Video Hina Islam dan Nabi Muhammad

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut. Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara. Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia. Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna. Sumber
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. google ni pun suku sakat dorang jugak ni.hadoi..sakit pulak hati

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved