Showing posts with label Penghinaan Islam. Show all posts
Showing posts with label Penghinaan Islam. Show all posts

Majalah Perancis Siar Gambar Karikatur Hina Nabi, Umat Islam Bertambah Marah

on 19 September 2012

Majalah Perancis Siar Gambar Karikatur Hina Nabi, Umat Islam Bertambah Marah | Sementara protes filem Innocence of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.


Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.

Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogelnya.

Editor majalah itu berkata pihaknya “akan mengejutkan” mereka yang mahu dikejutkan.

Muka Hadapan Majalah Tersebut

Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti – Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara – negara Islam.

Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut.
“Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?” katanya.
“Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya,” katanya.

Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.
“Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam,” kata beliau. 
“Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak,” katanya.
Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang.

Sumber: Forblogger

Google Malaysia Sekat Klip Filem Hina Islam dan Nabi Muhammad

on 17 September 2012

Google Malaysia Sekat Klip Filem Hina Islam dan Nabi Muhammad | Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, kini sudah tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang semalam.

Google Malaysia Sekat Klip Filem Hina Islam dan Nabi Muhammad

Menurut laporan Sinar Harian Online, sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya. Antara klip yang tidak boleh diakses ialah "Innocence of Muslims – Muhammad Movie – FULL HD".

Google Malaysia Sekat Klip Filem Hina Islam dan Nabi Muhammad

Klip itu memaparkan mesej “This content is not available in your country due to a legal complaint” (kandungan ini tidak boleh didapati di negara anda ekoran aduan perundangan) apabila cuba diakses sejak petang tadi. Pada sebelah pagi tadi, kesemua dapat akses tanpa sebarang masalah. Bagaimanapun bukan semua klip ataupun filem penuh tertakluk kepada sekatan sejak petang tadi.

Berpuluh-puluh klip, yang durasinya antara satu minit dan 15 minit masih boleh akses oleh pengguna dari Malaysia. Bilangan mereka yang akses kepada treler itu telah mencecah ratusan ribu sementara protes umat Islam merebak ke 20 negara setakat ini. YouTube telah menyekat pengguna di Libya dan Mesir daripada akses kepada treler itu buat sementara waktu. Bagaimanapun ia menegaskan tidak akan mengeluarkannya secara kekal kerana tidak melanggar garis panduan YouTube.

Justeru, walaupun kerajaan telah mengambil langkah menyekat treler filem itu secara berperingkat sejak petang tadi, namun pada masa yang sama, treler filem berkenaan sentiasa dimuat naik oleh pengunjung laman YouTube sepanjang hari dengan menggunakan judul yang hampir sama dengan filem asal.

Antara judul yang berkaitan filem masih belum disekat ialah Muhammad Movie Trailer – Innocence Of Muslims, Innocence of Muslims Trailer “Egypt Protest Movie, Sam Bacile Mohammad Trailer Egypt Protest Film dan Innocence of Muslims – Film That Provoked Libya Terror Attack. Dalam pada itu, antara yang turut disekat ialah Full HD Innocence of Muslims, Full HD Muhammaad movie trailer, dan Full HD Muhammad Movie-Innocence of Muslims. - Google Malaysia Sekat Klip Filem Hina Islam dan Nabi Muhammad

AS Tahan Lelaki Yang Menerbit Filem Hina Nabi

on 16 September 2012

AS Tahan Lelaki Yang Menerbit Filem Hina Nabi | LOS ANGELES - Seorang lelaki yang difahamkan telah menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan serta protes umat Islam seluruh dunia hingga mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.

AS Tahan Lelaki Penerbit Filem Hina Nabi
LELAKI yang menutup muka itu dikatakan sebagai Nakoula Basseley, Penerbit filem penghinaan tersebut oleh penguat kuasa AS.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, 55, pernah disabitkan atas kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak dibenarkan mengakses0 Internet.

Namun demikian, Nakoula dilaporkan telah menafikan dakwaan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi di kediamannya. Sebelum penahanan itu, kelihatan kumpulan wakil media lain juga menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.

Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata, kononnya bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media.

Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.

Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya. Oleh yang demikian, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela, katanya.

Sebelumnya, Nakoula pernah memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik.

Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel. Namun merujuk kepada rekod terdahulu, Nakoula pernah menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain selain nama sekarang.

Dalam pekembangan lain, protes umat Islam seluruh dunia ekoran tayangan filem itu telah merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Manakala hari ini, protes merebak ke Australia. - AS Tahan Lelaki Yang Menerbit Filem Hina Nabi

Google Tidak Mahu Padam Video Hina Islam dan Nabi Muhammad

on 15 September 2012

Google Tidak Mahu Padam Video Hina Islam dan Nabi Muhammad | Google yang merupakan pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW, ‘Innocence Of Muslim‘ walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara Islam di dunia.

Google Tidak Mahu Padam Video Hina Islam dan Nabi Muhammad

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut. Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara. Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia. Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna. Sumber

Lokasi Himpunan Bantah Filem Hina Nabi Muhammad S.A.W Esok

on 13 September 2012

Lokasi Himpunan Bantah Filem Hina Nabi Muhammad S.A.W Esok | Berikutan penghinaan Nabi Muhammad Sallahu Alahai Wassalam dalam filem bertajuk "Innocence of Muslim's", Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan munajat dan bantahan di seluruh negara esok (14 September 2012).

Lokasi Himpunan Bantah Filem Hina Nabi Muhammad S.A.W Esok

Himpunan tersebut akan diadakan sejurus solat Jumaat di setiap negari di seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai lokasi himpunan di setiap negeri yang telah disahkan:

Lokasi Himpunan Bantah Filem Hina Nabi Muhammad S.A.W Esok

  • Pahang - Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan
  • Selangor dan Wilayah - Masjid Amaniah, Batu Caves
  • Perak - Masjid Negeri Ipoh
  • Sabah - Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu
  • Penang - Masjid Permatang Janggus
  • Sarawak - Masjid Bintulu
  • Terengganu - Masjid Rusila
  • Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Johor sedang menentukan lokasi utk himpunan tersebut .
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Pusat menjemput semua umat Islam yang perihatin untuk menyertai himpunan tersebut esok.

Sumber: FizGraphic

Gempar! Kertas Al-Quran Saluti Mercun

on 6 August 2012

Kertas Al-Quran Saluti Mercun | Kertas pembalut mercun menggunakan kertas daripada Al-Quran. 

Warga sedang memperlihatkan kertas balutan marcon bertulis ayat Al-Quran

Perbuatan tersebut sudah menghina Islam itu sendiri dan tidak bertanggungjawab telah ditemui di beberapa buah desa di Aceh, Indonesia. Orang yang tidak bertanggungjawab tersebut telah menggunankan kertas yang tertulis ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pembalut mercun.

Penemuan yang berlaku di Panton Labu, Matang Kuli dan Nibong disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam.

Penemuan pertama kes tersebut ialah di Panton Labu apabila seorang peniaga, Nurdin, 34,  menemui kertas mercun yang dipenuhi tulisan Arab pada minggu lalu ketika sedang berniaga di kedainya.

Nurdin berkata, beliau telah terjumpa cebisan mercun di depan kedai beliau dan setelah diteliti, didapati tulisan Arab tersebut merupakan ayat Al-Quran. Beliau telah menemui beberapa cebisan lain dan bertindak melaporkan perkara tersebut kepada Majlis Permeyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye untuk tindakan lanjut.

Warga sedang memperlihatkan kertas balutan marcon bertulis ayat Al-Quran

Ketua MPU, Tgk Ramli Syam berkata, cebisan yang ditemui oleh Nurdin itu disahkan merupakan helaian daripada Al-Quran. Tambahnya lagi, perbuatan ini merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam dan disengajakan. Mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu ditangkap dengan segera. - Kertas Al-Quran Saluti Mercun

Al-Fatihah Dipermain-Mainkan Di Dalam Lagu Akon

on 29 June 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...

Isu penghinaan terhadap agama Islam memang tak habis-habis diperkatakan. Entah kenapalah mereka nie benci sangat dengan Islam ? Orang Islam ada buat salahkah dengan agama lain selain Islam ? Apa-apa pun ada satu lagi yang patut kamu semua tahu dan wajib ambil tahu. 

Al-Fatihah Dipermain-Mainkan Di Dalam Lagu Akon
Sekadar hiasan

Sebelum itu, ada tak readers-readers sini yang minat dengan lagu-lagu rap terutama sekali dengan rapper dari luar negara seperti Akon, Busta Rhymes, Ron Browz, Diddy, Swizz Beats, T-Pain, dan Lil Wayne ? Kamu tahu tak apa yang mereka nyanyi tu ? Ini yang perlu kamu semua tahu, di mana Meira (admin Informasi.my kot) ada terdengar beberapa perkataan yang terdapat dalam surah Al-Fatihah dinyanyikan secara berulang kali. Jom sama-sama kita dengar lagu (videoklip) 'sial' nie... Kredit info Informasi.

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved