Tafsir Mimpi Berbogel - Sheikh Ahmad Sudais

on 7 August 2012

Sheikh Ahmad Sudais

Tafsir Mimpi Berbogel - Sheikh Ahmad Sudais | Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.

Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio

Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.

Sheikh Sudais : Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith-hadith lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.

Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais : Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar : Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais : Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak-esak menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.
Note: MasyaAllah, sungguh beruntungnya bagi mereka seperti Sheikh Ahmad Sudais. 
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. saya ragu dengan cerita ini.. pada zaman jahiliah org arab tawaf di kaabah dalam keadaan bogel.. adakah benar kisah imam sudais ini.. saya bimbang ia adalah fitnah / reka2 an.. hati2..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved