Nora Danish Azam Khatam Al-Quran Ramadhan Ini

on 8 August 2012

Nora Danish Azam Khatam Al-Quran Ramadhan Ini | Berehat daripada menjalani aktiviti seni sepanjang Ramadan kali ini, aktres jelita, Nora Danish akui masa yang ada mahu diluangkan untuk memperbanyakkan ibadah termasuk berazam untuk mengaji kitab Al- Quran sehingga khatam.

Nora Danish Azam Khatam Al-Quran Ramadhan Ini

Walau bagaimana pun Nora Danish berkata dia perlu mengaji Al-Quran secara perlahan-lahan kerana masih belajar untuk membaca Tajwid dengan betul.

“Alhamdulilah, sepanjang Ramdan ini saya dapat memanfaatkan masa dengan memperbanyakan ibadah kerana saya memang sengaja menolak apa sahaja tawaran berlakon untuk bercuti selama sebulan.

“Selain memenuhi jemputan amal berbuka puasa bersama anak yatim atau orang yang kurang bernasib baik saya akan cuba bersolat terawih setiap malam bersama kakak dan emak saya.

“Namun apa yang paling penting, saya sekarang sedang berusaha untuk mengaji Quran dengan bacaan Tajwid yang betul sehingga khatam. Saya menggunakan Quran elektornik untuk memastikan bacaan Tajwid saya tidak berterabur dan harap sangat saya dapat khatam sebelum raya ini, InsyaAllah,”

Sungguh pun begitu, kata Nora Danish, selepas bercuti raya selama lebih kurang dua minggu, dia perlu bersiap sedia untuk menjalani penggambaran sebuah filem arahan Osman Ali berjudul Munajat Kasih.

Bercerita mengenai sambutan Aildilfiti yang akan tiba tidak lama lagi, Nora memberitahu dia terpaksa membatalkan niatnya untuk pulang ke Myanmar seperti kebiasaannya disebabkan krisis yang sedang berlaku di sana.

Namun tetap menjadi amalannya sekeluarga sejak beberapa tahun lalu untuk bertandang ke rumah keluarga bekas suaminya, Jejai walaupun sudah tidak bersama.

"Biasanya raya merupakan masa di mana saya dan ahli keluarga lain dapat bersama berkumpul. Lazimnya, kami akan bercuti bersama-sama atau pulang ke Myanmar, melawat saudara ibu saya di sana.

“Pada awalnya, memang saya dan keluarga nak pulang ke Myanmar pada Syawal nanti tapi disebabkan krisis yang sedang berlaku sekarang di sana, hanya ibu saja yang akan balik.

“Dan pada raya pertama selepas bersembahyang raya, saya dan ahli keluarga yang lain akan berkumpul di rumah. Kami juga akan ke rumah bekas mertua saya yang terletak di Ampang. Tidak jauh dari rumah kami,” beritahunya.

Dalam perkembangan lain, Nora juga bakal muncul sebagai pengacara dalam sebuah program raya yang berjudul Irama di TV3 pada Aidilfitri ini. (Sumber)
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved