Kad Diskaun Anggota Keselamatan - 1Malaysia Privilege Card

on 8 August 2012

Kad Diskaun Anggota Keselamatan - 1Malaysia Privilege Card | Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.

1Malaysia Privilege Card

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian. 

Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan "Wira Yang Tidak Didendang", sebagai lanjutan kepada strategi NBOS 6, yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara. Kad ini bertujuan untuk menambah lagi kuasa membeli atau 'pendapatan boleh guna' rakyat.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman portal 1Malaysia Privilege Card.
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. oh rupanya utk polis dan askar..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved