Hari ini berlangsung satu sesi sidang media oleh Neelofa di One World Hotel, Damansara untuk memberikan penjelasan dan menuntut dua perkara daripada Anzalna. Hal ini adalah susulan daripada kenyataan Anzalna yang disifatkan oleh Neelofa sebagai 100% fitnah di sebuah ruangan tabloid tempatan.
Neelofa yang tampil bersama peguamnya telah pun menghantar notis tuntutan kepada Anzalna secara pos daftar dan serahan tangan. Jika Anzalna tidak memberikan respons selepas 7 hari, tindakan mengikut undang-undang yang seterusnya akan diambil oleh pihak Neelofa. Kata Neelofa:-
Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang. Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi. Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya.
Sekiranya tiada bukti yang didedahkan oleh Anzalna atas tuduhan ini, Lofa berkata yang Anzalna perlu membuat “public apology” untuk membersihkan nama Neelofa. Nampaknya Neelofa telah pun bertindak mengikut saluran yang sah. Kini sudah tiba giliran Anzalna untuk mengeluarkan segala bukti seperti yang dikatakan di dalam BiPop sekiranya. Kredit foto dan info kepada OhBulan, Beautifulnara dan RotiKaya
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment