Remy Ishak Masuk Hospital, Dapat Layanan Daripada Tiz Zaqyah Macam Sampah

on 13 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Remy Ishak Masuk Hospital, Dapat Layanan Daripada Tiz Zaqyah Macam Sampah

Menurut tulisan Remy Ishak melalui akaun Twitter, beliau telah masuk ke hospital tengah hari tadi akibat demam panas yang agak teruk. Maklumlah sekarang ini Remy sibuk dengan promosi filem Jiwa Taiko sehingga tiada masa nak berehat.

Selalunya disaat sedang sakit, ubat yang paling mujarab ialah belaian ataupun perhatian dari kekasih hati. Tapi kesian bagi pelakon pujaan ramai Remy Ishak.

Remy telah mengadu kepada peminatnya di Twitter. Tiz Zaqyah dikatakan melayan beliau seperti sampah hari ini.

“Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan,” Remy Ishak menulis tengah malam tadi sebagai pembuka cerita.

Agak misteri kenapa secara tiba-tiba Remy Ishak meluahkan perasaan peribadinya di Twitter. Umum mengetahui yang Remy memang jarang berkongsi cerita peribadi di laman sosial, lebih-lebih lagi yang melibatkan kekasih hatinya, Tiz Zaqyah. Mungkin semalam Remy Ishak sudah tidak dapat menahan isi hati yang begitu lama dipendamkan.

Twitter Remy Ishak

Tiz Zaqyah walaupun tidak ada Twitter, sempat mengupdate status di Facebooknya (telah pun didelete) seperti di bawah:-

Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah

Adakah Remy dan Tiz benar-benar bergaduh atau ianya satu latihan lakonan daripada mereka berdua? Abang Nara tak dapat nak confirmkan. Apa pun kepada Remy, semoga cepat sembuh dan cepat keluar hospital. Kredit info Forum Cari yang awesome.

Kredit : Abang Nara

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved