Anzalna Sedia Minta Maaf Kepada Neelofa Untuk Selesaikan Sengketa

on 14 June 2012

Selepas Neelofa mengadakan sidang media semalam untuk memaklumkan tentang notis tuntutan yang telah dihantar terhadap Anzalna, Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Anzalna sedia memohon maaf kepada Neelofa untuk menyelesaikan persengketaan ini. Menurut Anzalna, perkara ini hanya kecil dan boleh diselesaikan dengan berbincang.

Anzalna Sedia Minta Maaf Kepada Neelofa Untuk Selesaikan Sengketa




Perkara seperti ini memang patut diselesaikan secara baik dan tindakan Anzalna yang ingin memohon maaf merupakan satu tindakan yang amat baik bagi industri hiburan dan peribadi. Bukannya apa, mereka berdua pasti akan berjumpa juga walau di cerut mana berada kerana industri hiburan Malaysia ini kecil saja dan tak perlulah gaduh-gaduh, itu bak kata Anzalna.
Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman. Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali? Industri ini tidak besar mana pun. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengan Lofa, memberi penjelasan dan meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita. Saya terima dengan hati terbuka untuk berbincang secara terbuka.
Saya sokong dengan pendapat dan cadangan Abang Nara agar Anzalna dan Neelofa buat sidang media bersama-sama dan masing-masing memohon maaf atas apa yang berlaku. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan wajib memohon maaf jika bersalah.
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. tak amik port dgn gaduh-2 ni :)

    ReplyDelete
  2. Tiada guna gaduh-gaduh kerana industri kita ini kecil sahaja.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved