Sedekah Memberi Banyak Faedah Berbanding Keburukan

on 1 March 2012

Assalamualaikum.....



Hari ini kita akan berkongsi tentang kelebihan bersedekah. Sebelum itu saya nak tanya dekat korang nie, korang pernah tak memberi sedekah dekat orang fakir, miskin, anak-anak yatim, orang kurang upaya atau banyak lagilah. Pernah tak nie ? ermmmm... itu semua terpulang dekat korang lagipun sedekah nie tak boleh nak dipaksa dan ianya haruslah ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk sebab nanti sedekah kita tu sia-sia saja, kan rugi. Tapi kena ingat bagi sesiapa yang beragama Islam dia wajib memberi sedekah. Contohnya, zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya. Sebenarnya sedekah nie rupa-rupanya ada juga sedekah sunat iaitu sebagai sebagai tanda bersyukur dngan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T..

Jom kita beramal dan bersedekah untuk keluarga Arwah Adik Faris Nur Daniel. Jangan lupa klik banner di bawah nie...

 Banner

 
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Bukhari)

Kita bersedekah nie bukannya akan mengurangkan lagi harta kita yang ada tu sebenarnya tapi ianya akan menambahkan lagi harta kita tu. Selain kita bersedekah kita juga akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat. 

Faedah sedekah di dunia adalah seperti berikut: 
  • Dimurahkan rezekinya oleh Allah S.W.T
  • Terhindar daripada bala bencana
  • Dipanjangkan umur
  • Mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su'ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menhapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberianya

Faedah sedekah di akhirat adalah seperti berikut:
  • Mendapat naungan daripada panas terik di Padang Mahsyar
  • Mendapat pendinding daripada api neraka

Secara ringkasnya kelebihan bersedekah ini banyak faedahnya daripada keburukannya. Tapi ramai orang sekarang nie malas nak bersedekah sebab takut hartanya akan habis. Kalau harta tu nak habis, habis juga... 


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
~Sedekah akan menanungi pemberi sedekah di akhirat kelak.
~Sedekah akan meringankan hisab Allah S.W.T tentang amalannya.
~Sedekah akan menambahkan amal kebajikannya...
~Sedekah melahirkan kemudahan untuk menyeberangi Titian Sirat...
~Sedekah meninggikan darjat pemberi sedekah di dalam syurga nanti...

*...kalau mampu bersedekah, sedekahlah...x ada paksaan dalam Islam...
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

-->Budak Lanun<--
║▌│█│║▌║││█║▌│
© ΘRIGINAL PRΘFILE
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved