Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Lelaki Ubahsuai Bangkai Kucing Menjadi Helikopter

on 25 June 2012

RAMAI pencinta haiwan tidak dapat menerima kenyataan untuk berpisah dengan haiwan kesayangan yang telah mati.

Seekor kucing yang diberi nama Orville, sempena nama seorang juruterbang terkenal Orville Wright, mati baru-baru ini akibat dilanggar oleh sebuah kereta

Lelaki Ubahsuai Bangkai Kucing Menjadi Helikopter

Pemiliknya yang juga merupakan seorang penggiat seni membuat keputusan untuk menjadikan bangkai haiwan kesayangannya itu sebagai sebuah kerja seni kekal.

Sebagai satu tanda peringatan kepada haiwan kesayangan, bangkai kucing itu diubah kepada sebuah helikopter kawalan jauh yang mampu terbang dengan sistem kawalan jauh.

Lelaki Ubahsuai Bangkai Kucing Menjadi Helikopter

Penggiat seni dari Belanda, Bart Jansen melengkapkan bangkai haiwan kesayangannya, Orville dengan kipas di keempat-empat kakinya sebelum bekerja sama dengan Arjen Beltman seorang pakar radio kawalan jauh bagi merekacipta mekanisma penerbangan untuk dipasang pada haiwan itu.

Mereka menamakan kerja seni yang dihasilkan sebagai Orvillecopter yang kini menjadi bahan pameran di fstival seni Kunstrai di Amsterdam. 

Para pengunjung boleh melihat Orville diterbangkan menggunakan alat kawalan jauh.

Menurut Jansen, Orvillecopter adalah 'separuh kucing dan separuh machine' dan ia merupakan sebahagian daripada kerja seni visual sebagai tanda peringatan kepada kucing kesayangannya Orville.

Lelaki Ubahsuai Bangkai Kucing Menjadi Helikopter

Tambahnya lagi, tidak lama lagi Orville akan 'terbang bersama burung-burung'. "oh, semasa hidup dahulu, Orville sangat sukakan burung. 

"Dia akan dapat enjin yang lebih berkuasa dan kelengkapan yang lebih besar untuk hari jadinya tidak lama lagi. Semoga ia menjadi kapal terbang yang stabil" tambahnya lagi.

p/s: seram saja aku tengok mata kucing tu. Tiba-tiba roh kucing tu ganggu kita tiap-tiap malam kan naya namanya tu. Tidak fahamlah saya nie perangai orang zaman sekarang nie. macam-macam benda pelik mereka nak buat.

Sumber: Freemalays

Bekas Pelakon Hollywood Hadir Seminar Dakwah Di Malaysia

on 19 May 2012

Bekas Pelakon Hollywood Hadir Seminar Dakwah Di Malaysia
Myriam pernah popular menerusi filem
Sense and Sensibility pada tahun 1995.
Bekas pelakon filem Hollywood, Myriam Francois-Cerrah atau Emilie Francois yang telah memeluk Islam pada tahun 2003 akan muncul di negara ini sempena Seminar Wanita Antarabangsa anjuran Mercy Mission Malaysia.

Ia akan diadakan pada 30 Jun depan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).


Menurut pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah, kemunculan Myriam adalah untuk berdialog dalam seminar yang diberi nama Being Me, bertujuan untuk memperkasakan wanita Muslimah di Malaysia.


"Myriam sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor falsafah di universiti Oxford dan banyak mengadakan dialog mengenai Islam di pentas antarabangsa seperti dalam program BBC Big Question bersama Dame Ann Leslie, Beverly Knight, Rev. Peter Owen-Jones dan sebagainya.

"Kesempatan saya bertemu dengannya baru-baru ini ketika dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom telah membuka peluang untuk kerjasama ini.

"Ia juga diadakan bagi memberi inspirasi, ilmu dan keyakinan kepada wanita untuk terus mencari kekuatan dan potensi sebenar agar diri disayangi Allah selain berperanan sebagai isteri, ibu, anak, dan anggota masyarakat yang aktif.

Wardina bertemu dengan Myriam ketika dijemput menjadi penceramah di United Kingdom baru-baru ini.

“Kedatangan Myriam juga adalah salah satu dakwah yang seharusnya mendapat sokongan semua pihak kerana beliau akan berkongsi banyak pengalaman," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Myriam pernah berlakon seawal usia 12 tahun terlibat dalam filem arahan Ang Lee iaituSense And Sensibility pada tahun 1995 di samping Emma Thompson dan Kate Winslet .

Selain filem tersebut, beliau juga pernah membintangi beberapa filem Hollywood sepertiPaws (1997) bersama Nathan Cavaleri dan Heath Ledger selain New Year's Day pada tahun 2000.

Beliau mula jatuh cinta dengan Islam semasa membuat pelbagai kajian mengenai agama itu.

Selain wanita tersebut, antara speaker lain yang akan turut sama dalam program satu hari itu adalah penulis terkenal dari Amerika Syarikat, Yasmin Mogahed, Raya Shokatfard, Sheikh Tawfique Chowdhury dan Syakh Yahya Ibrahim dari Australia.

Manakala Dr. Fadila Grine dari Canada dan Dr. Sofia (Malaysia) akan mengendalikan bengkel mengenai pendidikan anak mengikut Al-quran dan Sunnah.

Dalam pada itu, Wardina berkata, selain seminar, antara aktiviti lain yang diadakan pada acara tersebut antaranya pertunjukan fesyen, bazar, anugerah Muslimah, program “Daddy and Me”

Program tersebut turut mendapat perhatian daripada ramai selebriti tempatan dalam sebuah pertunjukan fesyen iaitu “I Am Me” melibatkan Daphnee Iking, Sharifah Sofea, Sasha Saidin, Liyana Hisham dan Heliza Helmi.

Kepada yang berminat untuk menyertai program ini dan berjumpa sendiri dengan Myriam boleh membuat tempahan tiket menerusi laman web www.being-me.org. -mStar Online

Maxis Berhad Menganugerahkan Biasiswa Maxis Kepada 22 Pelajar Cemerlang

on 11 May 2012

22 Pelajar Cemerlang Menerima Biasiswa MaxisPenyedia perkhidmatan komunikasi Maxis Berhad semalam menganugerahkan biasiswa bernilai RM3.16 juta kepada 22 pelajar cemerlang Malaysia.

Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, penerima terdiri daripada mahasiswa dari universiti tempatan dan luar negara.

Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis itu disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Raja Arshad memberitahu pemberita sehingga 21 Disember 2011, Maxis menganugerahkan biasiswa berjumlah RM32.2 juta kepada 133 mahasiswa dan 27 siswazah.

Terdahulu, dalam ucapannya, Saifuddin berkata, kementerian berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan untuk pengajian tinggi. – BERNAMA

Keputusan Perlawanan La Liga Sepanyol 6 Mei 2012

on 6 May 2012

Berikut merupakan keputusan perlawanan bola sepak La Liga sepanyol yang berlangsung pada awal pagi tadi. 

Keputusan Perlawanan Bola Sepak La Liga Sepanyol


Keputusan Perlawanan La Liga Sepanyol 6 Mei 2012

Real Zaragoza [ 2 - 1 ] Racing Santander | FT

Athletic Bilbao [ 0 - 0 ] Getafe | FT

RCD Mallorca [ 1 - 0 ] Levante UD | FT

Granada [ 1 - 2 ] Real Madrid | FT

Sevilla [ 5 - 2 ] Rayo Vallecano | FT

Barcelona [ 4 - 0 ] RCD Espanyol | FT

Sporting Gijon [ 2 - 1 ] Real Betis | FT

Atletico Madrid [ 2 - 1 ] Malaga | FT

Valencia [ 1 - 0 ] Villarreal | FT

Osasuna [ 1 - 0 ] Real Sociedad | FT


Tambang Teksi RM459 Untuk Perjalanan 3km

on 27 April 2012

Sekitar Jalan Imbi di Kuala Lumpur... gambar sekadar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua pemandu teksi pada Khamis didenda antara RM400 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan.

J.Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 bagi dua pelancong Britian berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.

Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Regency Dorsett di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas.

Ahmad Osman, 53, pula didenda RM400 atau empat hari penjara jika gagal membayar denda itu kerana meminta bayaran RM8 bagi empat penumpang berbanding kadar yang ditunjukkan pada meter RM4.80, iaitu lebihan sebanyak RM3.20 semasa memandu teksi dari LRT Sentul Timur ke Taman Dato' Senu pada 6.37 petang, 30 November 2011.

Kedua-dua mereka merupakan pemandu teksi pertama yang didakwa mengikut Seksyen 75(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 75(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurdiana Mohd Nazari menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Mengikut fakta kes, Elanggo telah membawa dua pelancong warga Britain, Evelyn Irene dan suaminya Rex Alan Frank bagi perjalanan dari sekitar KLCC, Jalan Ampang hingga ke Hotel Regency Dorsett, Jalan Imbi.

Sepanjang perjalanan dalam teksi tersebut, Evelyn mendapati meter teksi berkenaan telah dipasang dan menyedari tertera di meter itu RM8 sewaktu tiba di persimpangan Chulan Square.

Bagaimanapun, Elanggo telah memadam jumlah yang tertera dan meminta bayaran daripada mereka secara paksa sebanyak RM459.20 dan kemudian menyerahkan sekeping resit yang tercatat Taxi & Limo Service dengan kadar tambang tersebut.

Kedua-dua kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Nom Phot Prackdit manakala Elanggo diwakili peguam N. Satgurunathan dan Ahmad tidak diwakili peguam. - BERNAMA

p/s: kalau ia pun nak cepat kaya janganlah dengan cara yang salah bah... rezeki tak menghalalkan yang salah.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Barcelona VS Chelsea 25 April 2012

on 25 April 2012


Chelsea berjaya mara ke Final Liga Juara-Juara Eropah 2012 apabila mengikat Barcelona 2-2 pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi. Barcelona seolah-olah mahu membalas dendam apabila berjaya mendahului 2 gol pada babak pertama perlawanan menerusi Busquets pada minit 35’ dan Iniesta (minit 43’). Chelsea juga terpaksa bermain dengan 10 orang apabila John Terry dikenakan kad merah pada minit 36.

Fernando Torres
(Gambar) Aksi Fernando Torres selepas menjaringkan gol penyamaan Chelsea ketika perlawananan Separuh Akhir Kedua UEFA Champion League awal pagi tadi.

Namun Chelsea berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan menerusi jaringan Ramires pada minit ke 45’ dan gol Torres pada minit ke 90’. Dengan ini Chelsea layak ke Final UEFA Champions League 2012 berdasarkan aggregat 3-2.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Barcelona vs Chelsea

Barcelona [ 2 - 2 ] Chelsea

(Chelsea layak ke final dengan aggregat 3-2)

Keputusan Perlawanan La Liga Sepanyol 22, 23 Dan 24 April 2012

on 22 April 2012

*UPDATED: 23 April 2012


Berikut merupakan keputusan perlawanan La Liga Sepanyol yang berlangsung pada 22, 23 dan 24 April 2012. Perlawanan yang menjadi tumpuan pastinya perlawanan di antara Real Madrid vs Barcelona. Keputusan adalah seperti yang tertera di bawah.



Keputusan Perlawanan La Liga Sepanyol

22 April 2012

RCD Mallorca [ 1 - 0 ] Real Zaragoza |FT

Sporting Gijon [ 2 - 1 ] Rayo Vallecano | FT

Barcelona [ 1 - 2 ] Real Madrid | FT

Sevilla [ 1 - 1 ]  Levante UD | FT

Granada [ 1 - 0 ] Getafe | FT

Real Sociedad [ 1 - 1 ] Villarreal | FT

Racing Santander [ 0 - 1 ] Athletic Bilbao | FT


23 April 2012

Atletico Madrid [ 3 - 1 ] RCD Espanyol | FT

Valencia [ 4 - 0 ] Real Betis | FT

24 April 2012

Osasuna [ vs ] Malaga | 3.00 am

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Ingeris (EPL) 21 Dan 22 April 2012

*UPDATED: 23 April 2012


Berikut merupakan keputusan perlawanan Lig Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada 21 san 22 April 2012. Perlawanan di antara Arsenal dan Chelsea yang berkesudahan seri tanpa jaringan. Lain-lain kepetusan adalah seperti yang tertera di bawah.

Keptusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL)

21 April 2012

Arsenal [ 0 - 0 ] Chelsea | FT

Aston Villa [ 0 - 0 ] Sunderland | FT

Blackburn Rovers [ 2 - 0 ] Norwich City | FT

Bolton Wonderers [ 1 - 1 ] Swansea City | FT

Fulham [ 2 - 1 ] Wigan Athletic | FT

Newcastle United [ 3 - 1 ] Stoke City | FT


22 April 2012

Queens Park Rangers [ 1 - 0 ] Tottenham | FT

Manchester United [ 4 - 4 ] Everton | FT

Liverpool [ 0 - 1 ] West Bromwich Albion | FT

Wolverhamptom Wonderers [ 0 - 2 ] Manchester City | FT

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 21 Dan 22 April 2012

on 21 April 2012

Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan berlangsung pada 21 dan 22 April 2012. Perlawanan yang akan menjadi tumpuan pastinya diantara Arsenal vs Chelsea yang berlangsung di Emirates Stadium pada 7.45 pm waktu Malaysia. Jangan lupa saksikan perlawanan tersebut secara LIVE STREAMING di blog Ikmal. Lain-lain jadual adalah seperti yang tertera di bawah ini.
Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL)

21 April 2012

Arsenal [ vs ] Chelsea | 7.45 pm - Emirates Stadium

Aston Villa [ vs ] Sunderland | 10.00 pm - Villa Park

Blackburn Rovers [ vs ] Norwich City | 10.00 pm - Ewood Park

Bolton Wonderers [ vs ] Swansea City | 10.00 pm - Reebok Stadium

Fulham [ vs ] Wigan Athletic | 10.00 pm - Craven Cottage

Newcastle United [ vs ] Stoke City | 10.00 pm - Sport Direct Arena


22 April 2012

Queens Park Rangers [ vs ] Tottenham | 12.30 am - Loftus Road Stadium

Manchester United [ vs ] Everton | 7.30 pm - Old Trafford

Liverpool [ vs ] West Bromwich Albion | 11.00pm - Anfield

Wolverhamptom Wonderers [ vs ] Manchester City | 11.00 pm - Molineux Stadium

Keputusan Penuh Perlawanan Separuh Akhir Pertama Liga Juara-Juara Eropah Chelsea Vs Barcelona 19 April 2012

on 19 April 2012


Perlawanan dua gergasi eropah awal pagi tadi, Chelsea vs Barcelona merupakan yang dinantikan banyak pihak terutamanya penyokong bagi kedua-dua pasukan. Perlawanan yang memang sudah pastinya dikuasai oleh Barcelona sejak awal-awal lagi telah melancarkan serangan awal ke kubu Chelsea namun pertahanan Chelsea yang mantap telah menggagalkan semua cubaan daripada membolosi gawang Chelsea.

Sedang asyik Barcelona membuat serangan-serangan merbahaya, Chelsea pula yang dapat menjaringkan gol pertama menerusi serangan pantas yang dilakukan Frank Lampard yang bijak mencari Ramires untuk melorongkan bola kepada Didier Drogba untuk meledak pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

Walaubagaimanapun, Barcelona tidak cepat berputus asa dengan menggandakan asakan pada separuh masa kedua untuk mencari gol penyamaan. Namun, semua itu gagal walaupun menguasai keseluruhan permainan. 

Keputusan Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah | Chelsea vs Barcelona

Chelsea [ 1 - 0 ] Barcelona

'45+2 Drogba [1-0]

Didier Drogba
PENYERANG Chelsea, Didier Drogba (kiri) meraikan gol jaringannya pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona di Stamford Bridge, awal pagi ini. Keputusan Chelsea menang 1-0. - Foto AFP
Hal ini bermakna Chelsea membawa kemenangan tipis ke tempat lawan yang akan berlangsung untuk pusingan kedua Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) pada 25 April di Nou Camp. Chelsea hendaklah mempertahankan jumlah jaringan untuk melayakkan mereka ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah. Tapi kena ingat, Barcelona tak akan berdiam diri saja dan pastinya akan mencari dua gol tampa balas, lebih-lebih lagi mereka akan bermain di laman sendiri.

Apa-apa pun jangan ketinggalan menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua (2nd leg) antara Barcelona VS Chelsea live di Astro ESPN saluran 812 pada 25 April 2012 jam 2.40 am waktu Malaysia.

Keputusan Penuh Perlawanan Bayern Munich Vs Real Madrid 18 April 2012

on 18 April 2012


Perlawanan Separuh Akhir Pertama Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) 2012membabitkan Bayern Munich vs Real Madrid. Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri nyata memberi kelebihan buat Bayern apabila berjaya kalahkan Real Madrid dalam perlawanan berkenaan.


(Gambar) Pemain Bayern Munich, Franck Ribery (tengah), diasak pemain Real Madrid, Sergio Ramos (kiri) dalam aksi separuh akhir pertama saingan Liga Juara-Juara, di Munich, Jerman awal pagi ini. Keputusan Bayern Munich 2, Real Madrid 1.

Keputusan Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah

Bayern Munich [ 2 - 1 ] Real Madrid | FT
(First Leg)

Perlawanan kedua akan berlangsung pada 26 April 2012 di Santiago Bernabeu. Perlawanan kedua ini sememangnya Real Madrid mesti menang terhadap Beyern Munich untuk melayakkan mereka ke pusingan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Jadual Perlawanan 19 April 2012

Chelsea [ vs ] Barcelona | 2:45 am - Stamford Bridge

Live Streaming dan Live Score Bayern Munich vs Real Madrid Separuh Akhir Pertama UEFA Champions League

on 17 April 2012

Berikut merupakan Live Streaming perlawanan Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) pusingan pertama diantara Bayern Munich vs Real Madrid yang akan berlangsung pada jam 2:45 am waktu Malaysia. Di bawah merupakan senarai Live Streaming yang ada. Pilih yang mana boleh guna. Selamat menonton.



Senarai Live Streaming



Link #3 <-- di sini banyak pilihan



Live Score


Link #2 - UEFA.com

Link #3 - livescorehunter.com


Keputusan Penuh Liga Super Malaysia 17 April 2012

Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 17 April 2012. Satu perlawanan berlangsung lebih awal (7:45 pm) iaitu Lions XII vs PKNS dan selebihnya berlangsung pada 8:45 pm. Sebanyak 14 pasukan yang beraksi pada malam ini (17 April 2012) untuk memperbaiki kedudukan masing-masing.



Keputusan Penuh Liga Super Malaysia 17 April 2012


Lions XII [ 5 - 0 ] PKNS
Perak [ 2 - 2 ] Sabah
N.Sembilan [ 1 - 1 ] Terengganu
Selangor [ 2 - 0 ] Johor FC
T-Team [ 1 - 2 ] Kelantan
Sarawak [ 0 - 2 ] Kedah
Felda utd [ 1 - 0 ] Kuala Lumpur

*Status Perlawanan: tamat

Keputusan Perlawanan La Liga Sepanyol 15, 16 Dan 17 April 2012

on 15 April 2012

*UPDATED: 17 April 2012


Berikut merupakan keputusan perlawanan La Liga Sepanyol yang berlangsung pada 15, 16 dan 17 April 2012. Nampaknya saingan di tangga pertama dan kedua semakin sengit di mana kedua-dua nya menang terhadap lawan masing-masing. Keputusan lain akan diupdated apabila perlawanan tamat. So, jangan lupa terus bersama kami.



Keputusan Perlawanan La Liga Sepanyol

15 April 2012

Real Madrid [ 3 - 1 ] Sporting Gijon | FT

Levante UD [ 1 - 2 ] Barcelona | FT

RCD Espanyol [ 4 - 0 ] Valencia | FT

Real Zaragoza [ 1 - 0 ] Granada | FT

Real Betis [ 1 - 0 ] Osasuna | FT

Malaga [ 1 - 1 ] Real Sociedad | FT

Villarreal [ 1 - 1 ] Racing Santander | FT


16 April 2012

Athletic Bilbao [ 1 - 0 ] RCD Mallorca | FT

Rayo Vallecano [ 0 - 1 ] Atletico Madrid | FT

17 April 2012

Getafe [ 5 - 1 ] Sevilla | FT

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 14 Dan 15 April 2012

on 13 April 2012


Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan berlangsung pada 14 April dan juga 15 April 2012. Waktu perlawanan adalah berdasarkan waktu di Malaysia. Anda juga boleh menyaksikan perlawanan secara Live Streaming disini. 

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL)

14 April 2012

Norwich City [ vs ] Manchester City | 7:45 pm - Carrow Road

Sunderland [ vs ] Wolverhampton Wonderers | 10:00 pm - Stadium Of Light

Swansea City [ vs ] Blackburn Rovers | 10:00 pm - Liberty Stadium

West Bromwich Albion [ vs ] Queens Park Rangers | 10:00 pm - The Hawthorns

15 April 2012

Manchester United [ vs ] Aston Villa | 11:00 pm - Old Trafford

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 9, 10, 11, Dan 12 April 2012

on 9 April 2012

*UPDATED: 12 April 2012


Berikut merupakan keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada 9, 10, 11 dan juga 12 April 2012. Ini merupakan perlawanan yang ke 33 dan semakin hampir untuk mengakhiri musim perlawanan 2011/2012. Adakah Manchester United akan bergelar juara atau adakah Manchester City mampu untuk menyekat gelaran juara itu pada musim ini ? Sama-sama kita nantikan. Waktu perlawanan adalah waktu Malaysia. Live Streaming juga ada di sediakan untuk kegunaan para peminat bola sepak. So, selamat menikmatinya,..huahuahua..



Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL)

9 April 2012

Tottenham  [ 1 - 2 ] Norwich City | FT

Everton [ 4 - 0 ] Sunderland | FT

Newcastle United [ 2 - 0 ] Bolton Wonderers | FT

10 April 2012

Aston Villa [ 1 - 1 ] Stoke City | FT

Fulham [ 1 - 1 ] Chelsea | FT

11 April 2012

Blackburn Rovers [ 2 - 3 ] Liverpool | FT

12 April 2012

Manchester City [ 4 - 0 ] West Bromwich Albion | FT

Wigan Athletic [ 1 - 0 ] Manchester United | FT

Wolverhampton Wonderers [ 0 - 3 ] Arsenal | FT

Queens Park Rangers [ 3 - 0 ] Swansea City | FT



p/s: *Keputusan akan diupdated apabila perlawanan tamat.

Keputusan Perlawanan La Liga Sepanyol 8, 9 Dan 10 April 2012

on 8 April 2012

*UPDATED: 9 April 2012



Berikut merupakan keputussan La Liga Sepanyol yang berlangsung awal pagi tadi. Perlawanan awal pagi tadi hanya mempertemukan 10 pasukan sahaja di mana Barcelona menang 4-1 menentang Real Zaragoza. Lain-lain keputusan adalah seperti berikut.



PENYERANG Barcelona Lionel Messi (kiri) mengawal bola dari pemain tengah Real Zaragoza Angel Lafita dalam saingan Liga Primera Sepanyol pagi ini. Barca menang dengan keputusan 4-1, dua gol dijaringkan Messi. - EPA


Keputusan Perlawanan La Liga Sepanyol

8 April 2012

Getafe [ 2 - 0 ] Sporting Gijon |FT

Rayo Vallecano [ 6 - 0 ] Osasuna | FT

RCD Espanyol [ 2 - 2 ] Real Sociedad | FT

Real Zaragoza [ 1 - 4 ] Barcelona | FT

Real Betis [ 3 - 1 ] Villarreal | FT

Levante UD [ 2 - 0 ] Atletico Madrid

RCD Mallorca [ 0 - 0 ] Granada

9 April 2012

Athletic Bilbao [ 1 - 0 ] Sevilla

Real Madrid [ 0 - 0 ] Valencia

10 April 2012

Malaga [ 03:00 ] Racing Santander



 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved