Keputusan Penuh Perlawanan Separuh Akhir Pertama Liga Juara-Juara Eropah Chelsea Vs Barcelona 19 April 2012

on 19 April 2012


Perlawanan dua gergasi eropah awal pagi tadi, Chelsea vs Barcelona merupakan yang dinantikan banyak pihak terutamanya penyokong bagi kedua-dua pasukan. Perlawanan yang memang sudah pastinya dikuasai oleh Barcelona sejak awal-awal lagi telah melancarkan serangan awal ke kubu Chelsea namun pertahanan Chelsea yang mantap telah menggagalkan semua cubaan daripada membolosi gawang Chelsea.

Sedang asyik Barcelona membuat serangan-serangan merbahaya, Chelsea pula yang dapat menjaringkan gol pertama menerusi serangan pantas yang dilakukan Frank Lampard yang bijak mencari Ramires untuk melorongkan bola kepada Didier Drogba untuk meledak pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

Walaubagaimanapun, Barcelona tidak cepat berputus asa dengan menggandakan asakan pada separuh masa kedua untuk mencari gol penyamaan. Namun, semua itu gagal walaupun menguasai keseluruhan permainan. 

Keputusan Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah | Chelsea vs Barcelona

Chelsea [ 1 - 0 ] Barcelona

'45+2 Drogba [1-0]

Didier Drogba
PENYERANG Chelsea, Didier Drogba (kiri) meraikan gol jaringannya pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona di Stamford Bridge, awal pagi ini. Keputusan Chelsea menang 1-0. - Foto AFP
Hal ini bermakna Chelsea membawa kemenangan tipis ke tempat lawan yang akan berlangsung untuk pusingan kedua Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) pada 25 April di Nou Camp. Chelsea hendaklah mempertahankan jumlah jaringan untuk melayakkan mereka ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah. Tapi kena ingat, Barcelona tak akan berdiam diri saja dan pastinya akan mencari dua gol tampa balas, lebih-lebih lagi mereka akan bermain di laman sendiri.

Apa-apa pun jangan ketinggalan menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua (2nd leg) antara Barcelona VS Chelsea live di Astro ESPN saluran 812 pada 25 April 2012 jam 2.40 am waktu Malaysia.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved