Sekitar Jalan Imbi di Kuala Lumpur... gambar sekadar hiasan |
KUALA LUMPUR: Dua pemandu teksi pada Khamis didenda antara RM400 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan.
J.Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 bagi dua pelancong Britian berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.
Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Regency Dorsett di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas.
Ahmad Osman, 53, pula didenda RM400 atau empat hari penjara jika gagal membayar denda itu kerana meminta bayaran RM8 bagi empat penumpang berbanding kadar yang ditunjukkan pada meter RM4.80, iaitu lebihan sebanyak RM3.20 semasa memandu teksi dari LRT Sentul Timur ke Taman Dato' Senu pada 6.37 petang, 30 November 2011.
Kedua-dua mereka merupakan pemandu teksi pertama yang didakwa mengikut Seksyen 75(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 75(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Nurdiana Mohd Nazari menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.
Mengikut fakta kes, Elanggo telah membawa dua pelancong warga Britain, Evelyn Irene dan suaminya Rex Alan Frank bagi perjalanan dari sekitar KLCC, Jalan Ampang hingga ke Hotel Regency Dorsett, Jalan Imbi.
Sepanjang perjalanan dalam teksi tersebut, Evelyn mendapati meter teksi berkenaan telah dipasang dan menyedari tertera di meter itu RM8 sewaktu tiba di persimpangan Chulan Square.
Bagaimanapun, Elanggo telah memadam jumlah yang tertera dan meminta bayaran daripada mereka secara paksa sebanyak RM459.20 dan kemudian menyerahkan sekeping resit yang tercatat Taxi & Limo Service dengan kadar tambang tersebut.
Kedua-dua kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Nom Phot Prackdit manakala Elanggo diwakili peguam N. Satgurunathan dan Ahmad tidak diwakili peguam. - BERNAMA
p/s: kalau ia pun nak cepat kaya janganlah dengan cara yang salah bah... rezeki tak menghalalkan yang salah.
mak aii mahalnya ..
ReplyDelete@are_lin@yu Assalam, aku pun terkejut juga bila baca artikal tu... ini memang kaki kikis betul...
ReplyDelete