Maxis Berhad Menganugerahkan Biasiswa Maxis Kepada 22 Pelajar Cemerlang

on 11 May 2012

22 Pelajar Cemerlang Menerima Biasiswa MaxisPenyedia perkhidmatan komunikasi Maxis Berhad semalam menganugerahkan biasiswa bernilai RM3.16 juta kepada 22 pelajar cemerlang Malaysia.

Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, penerima terdiri daripada mahasiswa dari universiti tempatan dan luar negara.

Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis itu disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Raja Arshad memberitahu pemberita sehingga 21 Disember 2011, Maxis menganugerahkan biasiswa berjumlah RM32.2 juta kepada 133 mahasiswa dan 27 siswazah.

Terdahulu, dalam ucapannya, Saifuddin berkata, kementerian berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan untuk pengajian tinggi. – BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved