Showing posts with label Lepasan Ijazah. Show all posts
Showing posts with label Lepasan Ijazah. Show all posts

Maxis Berhad Menganugerahkan Biasiswa Maxis Kepada 22 Pelajar Cemerlang

on 11 May 2012

22 Pelajar Cemerlang Menerima Biasiswa MaxisPenyedia perkhidmatan komunikasi Maxis Berhad semalam menganugerahkan biasiswa bernilai RM3.16 juta kepada 22 pelajar cemerlang Malaysia.

Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, penerima terdiri daripada mahasiswa dari universiti tempatan dan luar negara.

Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis itu disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Raja Arshad memberitahu pemberita sehingga 21 Disember 2011, Maxis menganugerahkan biasiswa berjumlah RM32.2 juta kepada 133 mahasiswa dan 27 siswazah.

Terdahulu, dalam ucapannya, Saifuddin berkata, kementerian berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan untuk pengajian tinggi. – BERNAMA

Graduan Pendidikan IPTA Akan Diserap Sekolah Mulai Mei Ini - Muhyiddn

on 27 April 2012

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran telah membuat beberapa ketetapan dan penyelarasan bagi memastikan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang belum ditempatkan dapat diserap di sekolah-sekolah mulai Mei ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata seramai 29 daripada 4,859 graduan pendidikan yang berjaya dalam temuduga berfasa yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah diberi penempatan di Pusat Anak Permata Negara sejak 8 April lepas.

"Baki seramai 4,830 graduan pula akan diberi penempatan secara berfasa dengan penempatan Fasa Satu akan dilaksanakan pada 23 Mei ini dengan melibatkan 4,671 graduan. "Daripada jumlah itu, seramai 4,116 graduan akan ditempatkan di Sekolah Menengah, 439 akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan, 98 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 18 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Muhyiddin berkata baki 159 orang graduan pula akan ditempatkan di Sekolah Menengah dalam Penempatan Fasa Dua pada Julai ini. Muhyiddin berkata kesemua graduan yang berjaya itu merupakan antara 5,510 graduan IPTA yang mendapat panggilan temuduga daripada SPP mulai Januari lepas. Daripada jumlah itu, SPP terpaksa menolak 32 graduan kerana gagal mengemukakan dokumen lengkap, sementara 557 calon dianggap menolak tawaran temuduga apabila tidak hadir temuduga, katanya.

Beliau berkata kesemua mereka merupakan graduan daripada Universiti Utara Malaysia (90 orang), Universiti Sains Malaysia (368), Universiti Teknologi Malaysia (185), Universiti Perguruan Sultan Idris (3,017).

Universiti Putra Malaysia (482), Universiti Malaya (308), Universiti Sains Islam Malaysia (54), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (105), Universiti Kebangsaan Malaysia (330), Universiti Teknologi Mara (132), Universiti Islam Antarabangsa (53) dan Universiti Malaysia Sabah (214).

Muhyiddin juga berkata kementerian telah melantik seramai 2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan tersebut sebagai guru interim bagi memenuhi keperluan guru di Sekolah Menengah.

"Berikutan penempatan ini, perkhidmatan guru interim tersebut akan ditamatkan.

Walau bagaimanapun, guru interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)pada 23 Mei ini berdasarkan keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT," katanya.

Muhyiddin berkata bagi 2,484 graduan J-QAF Institut Pendidikan Guru yang akan menamatkan pengajian pada Jun ini, mereka akan melalui temuduga pelantikan sebagai PPPS oleh SPP terlebih dahulu sebelum penempatan diuruskan.

Timbalan Perdana Menteri berkata urusan temuduga dan pengambilan graduan dari institusi pengajian tinggi swasta tidak dapat dijalankan pada masa ini kerana kementerian memberi keutamaan kepada graduan IPTA yang mana pengambilan mereka mengikuti bidang pendidikan yang telah dianjurkan oleh kementerian itu lebih awal kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

"Graduan IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam bidang pendidikan adalah tajaan Kementerian Pelajaran," katanya.

Para graduan boleh melayari laman web www.spp.gov.my bagi mengetahui sama ada mereka berjaya atau tidak. Keputusan penempatan akan diumumkan kementerian sedikit masa lagi. -BERNAMA

Semakan Penempatan Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI-jQAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Januari 2012

on 10 February 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat semakan PENEMPATAN GURU PELATIH KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI-jQAF) MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN JANUARI 2012 boleh disemak di Portal KPM bermula 10 Februari 2012. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan. 

Anda bolehlah menyemak status di url :


Harap Maklum

Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pelajaran Malaysia


Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR j-QAF) Ambilan Januari 2012

on 6 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Calon Tambahan KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012 boleh dibuat di:   


6 Jan 2012

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Tips & Info | Kaedah Menghadiri Sesi Temuduga

on 14 December 2011



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Siapa sini yang bakal-bakal menghadiri temuduga yang pertama sekali, yang kedua kali, ketiga kali dan seterusnya. Kesian juga ya kalau dah banyak kali temuduga nie tapi htak dapat-dapat juga kerja yang diingini tu. Mungkin bukan rezeki koranglah tu. Apa boleh buat sabar jak lah, banyakkan doa kepada Allah S.W.T. insyaAllah suatu hari nanti dapatlah tu. So, di sini admin ada beberapa tips untuk dikongsikan bersama yang admin dapat dari rakan-rakan blogger, setelah penat menjelajah satu dunia, mungkin yang ini jawapan yang mantap jugalah kepada soalan-soalan yang sering berlegar-legar di ruang kepala otak korang tu.hehehe

1. Persiapan Awal

Persiapan awal sebelum menghadiri temuduga :-

(a) Datang tepat pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan dengan membawa bersama surat panggilan temuduga.

(b) Sediakan satu fail khas yang mengandungi dokumen asal seperti berikut :-

- Sijil angkatan tentera/ Sijil tamat perkhidmatan (bagi bekas/pesara tentera sahaja)
- Kad pengenalan 
- Surat beranak
- Sijil persekolahan termasuk sijil Berhenti Sekolah dan Keputusan peperiksaan
- Lesen memandu (bagi jawatan Pemandu sahaja)
- Sijil-sijil kemahiran/kursus yang dihadiri (jika ada)

2. Semasa Menghadiri Temuduga

Sila ambil perhatian semasa menghadiri temuduga mengenai perkara-perkara berikut :-

(a) Berpakaian kemas, baju berlengan panjang serta berseluar panjang yang sesuai warnanya dan pakaian mestilah digosok terlebih dahulu.

(b) Kasut mestilah berkilat dan memakai sarung kaki. Kasut-kasut jenis getah seperti kasut warna putih, kasut sukan dan kasut berbelang mestilah dielakkan.

(c) Rambut hendaklah disikat rapi dan tidak berambut panjang.

(d) Jika menyimpan misai/jambang hendaklah dikemaskan dengan rapi.

3. Sebelum Memasuki Bilik Temuduga

Sebelum memasuki bilik temuduga mestilah memastikan perkara berikut :-

(a) Sila laporkan diri kepada kakitangan yang bertugas.

(b) Dapatkan angka giliran atau senarai nombor temuduga.

(c) Mestilah bersiap sedia pada bila-bila masa jika nama dipanggil mestilah segera menampilkan diri.

4. Memasuki Bilik Temuduga 

Ketika memasuki bilik temuduga, pastikan perkara-perkara berikut dilakukan :-

(a) Ketuk pintu terlabih dahulu. Jika jawapan diterima 'Sila Masuk' barulah masuk.

(b) Setelah masuk, sila tutup pintu dengan cermat dan jangan menutup pintu dengan kuat.

(c) Berikan ucapan salam ' Assalamualaikum' bagi panel yang beragama Islam manakala Selamat Pagi/ Selamat Petang kepada panel yang bukan beragama Islam.

(d) 'Sila Duduk' jika diarahkan duduk.

(e) Duduk dengan bersopan iaitu badan ditegakkan, tangan diletakkan kebawah atau ke atas paha dan kaki diluruskan kebawah. Elakkan melakukan perkara-perkara berikut :-

  • menyilang kaki semasa duduk
  • Menyandar dikerusi dengan tangan menungkat dagu
  • Duduk dengan tubuh yang tidak lurus


Perhatian

Elakkan dari membawa masuk perkara yang tidak perlu seperti sampul surat, beg, topi keledar dan sebagainya.

5. Semasa Ditemuduga

Semasa ditemuduga perkara-perkara berikut mestilah dilakukan :-

(a) Serahkan fail yang mengandungi dokumen-dokumen asal.

(b) Bercakap dengan nada yang rendah, bersopan dan teratur.

(c) Bercakap dengan jelas dan terang.

(d) Bercakap setelah pihak penemuduga telah selesai berkata-kata.

(e) Menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan jelas dan terang. Jangan menjawab secara meleret-leret atau secara berjela-jela.

(f) Jangan melakukan kesalahan-kesalahan berikutsemasa ditemuduga :- 

  • Bercakap dengan nada yang kuat dan tidak sopan.
  • Menjawab soalan dengan air muka yang marah dan tidak sopan.
  • Bercakap dengan menggerakkan tangan atau tubuh.
  • Menjawab soalan yang tidak ditanya oleh pihak penemuduga.
  • Menjawab soalan secara meleret-leret.
  • Ketawa terlalu kuat.
  • Menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitive.


6. Setelah Selesai Temuduga

Setelah selesai temuduga dijalankan, sila lakukan perkara-perkara berikut :-

(a) Sila ucapkan terima kasih kepada pihak penemuduga.

(b) Sila bangun dari tempat duduk dengan cermat dan elakkan menarik kerusi yang boleh mengeluarkan bunyi.

(c) Bergerak secara perlahan dan cermat ke arah pintu dan buka serta tutup pintu dengan cermat.

7. Di Luar Bilik Temuduga

Setelah berada di luar bilik temuduga, ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :-  

(a) Dapatkan kembali dokumen-dokumen asal yang berkemungkinan telah diserahkan kepada kakitangan bertugas.

(b) Elakkan dari berbincang dengan rakan-rakan di luar bilik temuduga.


-**Nota kaki busuk**- Selepas semua selesai bertawakal saja dan berdoalah pada Allah S.W.T. agar semuanya baik-baik. Jika tak dapat tu janganlah terus putus asa, cuba lagi....

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR j-QAF) Ambilan Jan 2012

on 4 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua para pembaca dan kepada semua blogger-blogger. Kepada semua pemohon kursus perguruan lepasan Ijazah anda kini bolehlah membuat semakan di : http://apps1.moe.gov.my/kpli/tdjan2012/

Temuduga dari 12 - 16 Disember 2011. Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi.

Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sumber ; myadha
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved