RAMAI pencinta haiwan tidak dapat menerima kenyataan untuk berpisah dengan haiwan kesayangan yang telah mati.
Seekor kucing yang diberi nama Orville, sempena nama seorang juruterbang terkenal Orville Wright, mati baru-baru ini akibat dilanggar oleh sebuah kereta.
Pemiliknya yang juga merupakan seorang penggiat seni membuat keputusan untuk menjadikan bangkai haiwan kesayangannya itu sebagai sebuah kerja seni kekal.
Sebagai satu tanda peringatan kepada haiwan kesayangan, bangkai kucing itu diubah kepada sebuah helikopter kawalan jauh yang mampu terbang dengan sistem kawalan jauh.
Penggiat seni dari Belanda, Bart Jansen melengkapkan bangkai haiwan kesayangannya, Orville dengan kipas di keempat-empat kakinya sebelum bekerja sama dengan Arjen Beltman seorang pakar radio kawalan jauh bagi merekacipta mekanisma penerbangan untuk dipasang pada haiwan itu.
Mereka menamakan kerja seni yang dihasilkan sebagai Orvillecopter yang kini menjadi bahan pameran di fstival seni Kunstrai di Amsterdam.
Para pengunjung boleh melihat Orville diterbangkan menggunakan alat kawalan jauh.
Menurut Jansen, Orvillecopter adalah 'separuh kucing dan separuh machine' dan ia merupakan sebahagian daripada kerja seni visual sebagai tanda peringatan kepada kucing kesayangannya Orville.
Tambahnya lagi, tidak lama lagi Orville akan 'terbang bersama burung-burung'. "oh, semasa hidup dahulu, Orville sangat sukakan burung.
"Dia akan dapat enjin yang lebih berkuasa dan kelengkapan yang lebih besar untuk hari jadinya tidak lama lagi. Semoga ia menjadi kapal terbang yang stabil" tambahnya lagi.
p/s: seram saja aku tengok mata kucing tu. Tiba-tiba roh kucing tu ganggu kita tiap-tiap malam kan naya namanya tu. Tidak fahamlah saya nie perangai orang zaman sekarang nie. macam-macam benda pelik mereka nak buat.
Sumber: Freemalays
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment