Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Barcelona VS Chelsea 25 April 2012

on 25 April 2012


Chelsea berjaya mara ke Final Liga Juara-Juara Eropah 2012 apabila mengikat Barcelona 2-2 pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi. Barcelona seolah-olah mahu membalas dendam apabila berjaya mendahului 2 gol pada babak pertama perlawanan menerusi Busquets pada minit 35’ dan Iniesta (minit 43’). Chelsea juga terpaksa bermain dengan 10 orang apabila John Terry dikenakan kad merah pada minit 36.

Fernando Torres
(Gambar) Aksi Fernando Torres selepas menjaringkan gol penyamaan Chelsea ketika perlawananan Separuh Akhir Kedua UEFA Champion League awal pagi tadi.

Namun Chelsea berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan menerusi jaringan Ramires pada minit ke 45’ dan gol Torres pada minit ke 90’. Dengan ini Chelsea layak ke Final UEFA Champions League 2012 berdasarkan aggregat 3-2.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Barcelona vs Chelsea

Barcelona [ 2 - 2 ] Chelsea

(Chelsea layak ke final dengan aggregat 3-2)
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved