Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2014

on 4 November 2013

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2014
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2014 - Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak | Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2013 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingakatan 1 bagi tahun 2014 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Mulai tahun 2014, kemasukan ke Maktab Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temuduga.

Teras utama sistem pendidikan MRSM merangkumi pembangunan kurikulum, pembangunan kokurikulum, pembangunan pelajar dan perkhidmatan pendidikan. Sistem pendidikan ini menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan.

Terdapat tiga program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

MRSM Program Biasa
  • Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
MRSM Program Ulul Albab
  • Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
MRSM Program Dwisijil SPM IGCSE
  • Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Syarat-syarat Kelayakan



  • Pemohonan boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2013 diumumkan secara rasmi
  • Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2013 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Cara Memohon Melalui Online

  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam boran permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk meklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat: 
  • Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa megisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
  • Pemohon boleh membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Sesi 2014 dengan klik laman pautan di bawah: 
[sistem aplikasi permohonan online akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan]
  • Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut, 
50609 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan

  • Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 27 November 2013.
  • Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 4 Disember 2013.

Maklumat Tambahan

1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang seperti berikut:
  • Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, Sukan/permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
  • Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
4. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranyan pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

5. Pemohoan yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MARA.

6. Pemohon yang ditawarkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Berintegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah Muktamad.


Artikal ini adalah bertujuan penyebaran informasi sahaja. Sebarang maklumat lanjut yang sewajarnya, sila layari laman web portal rasmi MARA di http://www.mara.gov.my
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved