Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2013 Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M

on 14 June 2013

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2013M | Salam Ramadan 1434H buat semua dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan buat pengunjung blog http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com yang beragama Islam. Pastinya Ramadan 1434H ini kita akan mengaktifkan kembali ibadah dan segala kebaikan di bulan baik ini. Sebelum berpuasa, kita pastinya akan mengulangkaji tentang adab-adab berpuasa, niat berpuasa, dan segalanya tentang ibadah di bulan puasa. Tak ketinggalan kita juga kena tahu tips-tips menarik untuk berjimat cermat di bulan puasa. Selain kemeriahan harga buffet di hotel-hotel terkenal dan juga hotel bajet, kita juga biasanya akan disogokkan dengan juadah kuih muih lazat yang dihidangkan di bazar Ramadan. Korang mesti nak tahu juga senarai bazar ramadan di sekitar kawasan anda ya. Sekarang ini, memang banyak sekali bazar Ramadhan yang terbaru tumbuh macam cendawan di musim hujan.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2013M

Sempena menyambut Ramadan ini, penulis ingin memohon kemaafan daripada semua pembaca jika selama ini ada kesilapan dari pihak penulis. Maaf Zahir dan Batin. Ops macam nak sambut hari raya la pulak.

Antara amalan Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassallam sebelum kedatangan Ramadan adalah bersuci lahir dan batin.

PASTIKAN : Setting Niat --> Upgrade Iman --> Download sabar --> Delete Dosa --> Approve Maaf --> Search Pahala.

Seperti tahun-tahun sudah, penulis akan sediakan kepada anda semua Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H 2013M.

Berikut adalah senarai Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2014M sumber dari http://www.islam.gov.my/

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M

















* Sumber: eFalak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa | Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.


Lafaz niat sehari:


Lafaz Niat Puasa Ramadhan Setiap Hari

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:



Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


Waktu Berniat


Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa


اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Doa Berbuka Puasa

Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan


Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}}

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

Tarikh Puasa Bulan Ramadhan 2013 Di Malaysia

on 23 May 2013

Tarikh Puasa Bulan Ramadhan 2013 Di Malaysia | Sedar tak sedar dah nak masuk bulan enam (JUN), cepat saja masa berlalu. Tinggal sebulan lebih saja kita nak masuk bulan Ramadhan. Jadi bagi sesiapa yang belum Qada' puasa tahun lalu baik selesaikan cepat sebelun bulan puasa 2013 membuka tirai.

Berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2013 bersamaan 1434-1435 H, 1 Ramadhan 1434 jatuh pada 10 Julai 2013 (Rabu).

Tarikh Puasa Bulan Ramadhan 2013 Di Malaysia

Namun begitu, tarikh permulaan puasa Ramadhan 2013 ini masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang akan mengumumkan dan menetapkan tarikh sebenar permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia kelak.

Tarikh dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013


Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang disiarkan media, telah memaklumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah.

Negeri
Lokasi
Johor
Pontian Kecil
Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Kedah
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Kedah
Menara Alor Setar, Alor Setar
Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Putih
Kelantan
Bukit Kg Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Kelantan
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu
Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur
Labuan
Tingkat 13, Menara UMS, Kampus Antarabangsa Labuan
Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Negeri Sembilan
Telok Kemang, Port Dickson
Pahang
Bukit Tanjong Batu, Nenasi
Pahang
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Pahang
Bukit Pelindong, Kuantan
Penang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Perak
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan baru, Daerah Manjong
Perlis
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 
Sabah
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
Sarawak
Tanjung Lubang, Miri
Sarawak
Teluk Bandung, Kuching
Sarawak
Tanjung Batu, Bintulu
Selangor
Bukit Melawati
Selangor
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Selangor
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu
Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Terengganu
Puala Perhentian, Besut
Terengganu
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Amalan Sunat Di Malam Raya

on 12 August 2012

Amalan Sunat Di Malam Raya | DALAM tempoh lebih kurang seminggu lagi, Syawal bakal menjelma, sekali gus meninggalkan Ramadan yang berlalu pergi. Tidak dinafikan pada waktu dan saat begini, kemeriahan menyambut awal Syawal atau hari raya semakin dirasai.

Amalan Sunat Di Malam Raya

Masing-masing sudah berkira-kira dan merancang membuat persiapan menyambut hari raya. 

Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan hari raya kerana hari raya adalah hari kemenangan umat Islam dalam melaksanakan rukun Islam ketiga dan berjaya menumpaskan hawa nafsu dan godaan syaitan. 

Namun, dalam kerancakan menyambut lebaran, kita hendaklah sentiasa ingat supaya tidak dilalaikan dalam membuat persiapan hari raya kerana pada saat dan ketika itulah kita sewajarnya merebut peluang untuk mempertingkatkan amal ibadat kita untuk memperoleh ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan Allah.

Walaupun Ramadan berlalu pergi, tidak bermakna ia bukan waktu terbaik bagi kita melaksanakan ibadat serta menambah amalan.

Jangan kita abaikan nilai dan roh Ramadan yang dilaksana seolah-olah ibadat puasa yang kita kerjakan tidak memberi kesan baik pada diri kita. 

Begitu juga berpuasa dapat mengembalikan kesihatan tubuh badan yang mungkin sebelum ini kita tidak berkesempatan mengamalkan pemakanan seimbang. 

Dalam menyambut kedatangan Syawal, kita hendaklah meraikannya mengikut panduan digariskan agama Islam iaitu sunat melaungkan takbir sebaik tibanya Syawal serta menghidupkan malam raya dengan berzikir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, berdoa dan mengerjakan sembahyang sunat

Selain disunatkan mandi dengan niat kedatangan Aidilfitri, memakai bau-bauan harum, memotong kuku, memakai pakaian elok, kita disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: 
“Sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah dengan solat.” (Riwayat Imam Al-Bukhari) 
Begitulah indahnya dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari raya ada adab serta garis panduan yang memimpin umatnya supaya tidak terpesong daripada tujuan sebenar sambutan diadakan iaitu sebagai menzahirkan rasa syukur terhadap Allah SWT. 

Namun, di samping bersyukur dan bergembira meraikan hari raya, kita disunatkan melakukan puasa sunat enam hari pada Syawal, bermula pada dua Syawal. 

Puasa enam pada Syawal lebih afdal dilaksanakan secara berturut-turut tetapi tidak menjadi kesalahan jika puasa enam itu dilakukan secara berselang hari atau dibuat pada bila-bila masa asalkan pada Syawal. 

Ganjaran bagi orang yang mengerjakan puasa sunat enam hari pada Syawal selepas berpuasa sebulan Ramadan, seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. 

Ini sebagaimana hadis Rasulullah SAW bermaksud: 
“Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim) 
Ini bukti Allah SWT sentiasa memberi peluang dan ruang kepada hamba-Nya untuk melaksanakan ibadat tambahan bagi memperoleh pahala disediakan-Nya. 

Berpuasa enam hari adalah sebagai petanda betapa seseorang itu meningkat iman dan takwanya kepada Allah hingga sanggup menahan lapar dan dahaga, sedangkan pada waktu itu mereka dibolehkan menikmati aneka makanan dan juadah. 

Ia juga sebagai bukti serta pengukur bahawa ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadan memberi kesan kepada diri dengan perasaan penuh kesyukuran, sedangkan ada antara kita meraikannya dengan menikmati juadah yang ada.

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 18 Ogos 2012

on 10 August 2012

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 18 Ogos 2012

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 18 Ogos 2012 | Ramadhan kian hampir dipenghujungnya, mungkin ramai yang perasan dan gembira sebab hari yang dinanti-nanti tidak lama lagi menjelma yakni Hari Raya. Tapi tidak kurang juga ada yang bersedih dengan pemergian bulan yang hanya setahun sekali dijumpa iaitu Bulan Ramadhan.

Tarikh untuk melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadhan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di: 
  • Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, 
  • Tanjung Bidara; Telok Kemang, 
  • Port Dickson; Bukit Melawati, 
  • Kuala Selangor; Bukit Jugra, 
  • Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, 
  • Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, 
  • Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, 
  • Pantai Aceh (Pulau Pinang). 
Lokasi lain ialah: 
  • Kampung Pulau Sayak, 
  • Kuala Muda; Pemandangan Indah, 
  • Pulau Langkawi; 
  • Menara Alor Star; Bukit Besar, 
  • Kuala Terengganu; Bukit Geliga, 
  • Kemaman; Pulau Perhentian, 
  • Besut; Balai Cerap KUSZA, 
  • Setiu; Bukit Peraksi, 
  • Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, 
  • Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, 
  • Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; 
  • Teluk Bandung, 
  • Kuching; Tanjung Batu, Bintulu. 
Tempat lain ialah di:
  • Balai Cerap Al-Biruni, 
  • Putatan; Bukit Tanjong Batu, 
  • Nenasi; Gunung Berincang, 
  • Cameron Highlands; Bukit Pelindong, 
  • Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, 
  • Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, 
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan 
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). 
- BERNAMA


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Note: Macam mana puasa tahun ini, ok tak ? Walau apa pun result Puasa kita gunakanlah Puasa yang berbaki ini dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, di sini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

on 8 August 2012


Dalam kita sibuk menjalani ibadah puasa, jangan kita lupa bahawa terdapat satu malam yang sedang menanti kita. Malam itu adalah malam lailatul qadar yang mana ia adalah lebih baik dari 1000 bulan.

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar | Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan ramadhan, sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu hari ganjil bulan ramadhan. Adakah malam lailatul qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam lailatul qadar. Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
  1. Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan;
  2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
  3. Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
  4. Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
  5. Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita. (Sumber)

Khasiat Puasa dan Cara Mendapatkannya

on 22 July 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia...

Bersesuaian dengan bulan Ramadhan kami ingin kongsikan khasiat puasa dan cara untuk mendapatkannya.

Khasiat Puasa dan Cara Mendapatkannya

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Cara Berpuasa Yang Berkesan Menurut Sains Perubatan


1. Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. Elakkan pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah-buahan asli.

2. Disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut supaya mencerna makanan.

3. Semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam, mengandungi serat dalam kadar yang sedikit, kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Perbanyakkan sayuran, tauhu dan kekacang. Kurangkan pengambilan protein haiwan seperti daging kerana ia makanan yang paling kompleks dan susah dihadam.

4. Minum air putih atau teh herba yang mengandungi getah anggur, kembang semangkuk dan biji selasih. Ia bertujuan untuk mencuci usus dan menyenagkan membuang air besar.

5. Elakkan pengambilan kopi dan teh, kerana minuman ini mengandungi kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jangtung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut kerana mengandungi asid hidroklorit berlebihan yang menyebabkan gestrik.

6. Pastikan karbohidrat di dalam badan mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi, badan akan cepat terasa lemah dan tidak bertenaga di siang hari

7. Tidak perlu mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya kerana kandungannya yang berlebihan akan terbuang menerusi air kencing.

8. Rasulullah menyarankan agar melewatkan sahur kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian pakar sains perubatan di Malaysia dan barat menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam masa 24 jam ialah waktu sarapan pagi. Ia bertujuan untuk memelihara badan berbanding waktu lain. Amalan bersahur ini menjadi lebih penting untuk ketahanan badan terutama kepada kanak-kanak yang dilatih berpuasa kerana glukosa dalam darah akan menurun selepas bangun tidur.

Makanan Yang Boleh Menjejaskan Kesihatan Semasa Berpuasa


1. Air paip yang tidak dimasak dan tidak ditapis.

2. Makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan (seperti: burger, sosej, mee segera, air dalam tin, air dalam kotak, nugget dan sebagainya).

3. Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia boleh menyebabkan air bertakung dalam badan (waterrittention).

Sumber: forblogger.net

Kadar Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri Malaysia 1433H/2012

on 21 July 2012

Kadar Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri Malaysia 1433H/2012 | Berikut merupakan Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2012 untuk negeri-negeri seluruh Malaysia. Kadar zakat fitrah adalah bersaman dengan satu gantang beras atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang bersamaan dengannya.

Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2012
Sumber: ammboi.com

Zakat Fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat ramadhan dan zakat idul fitri kerana masa untuk menyempurnakan adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk serta dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.

Lima Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:

  • Wajib: Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya (1 Syawal)
  • Paling Afdal: Sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
  • Haram: Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira 'qada. Sekirangnya asih dilengahkan maka akan bertambahlah dosanya..

Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan

on 20 July 2012

Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan | Oleh kerana Ramadhan hanya datang setahun sekali, memang ramai yang lupa akan niatnya. Bukan tak tahu, tapi lupa. Biasalah tu kan? Jadi kepada yang berkenaan, mohon save gambar ini untuk panduan anda sendiri atau 'Share'kan kepada kawan-kawan anda untuk peringatan pada mereka yang anda sayangi.

Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan

Sedikit pesanan ikhlas kepada yang hidup merantau jauh dari keluarga, hujung minggu ini pulanglah ke kampung. Tinggalkan seketika kesibukan hidup yang tidak pernah berkesudahan. Bersahur dan berbuka'lah bersama kedua ibu dan bapa anda. Jadikan ramadhan kali ini lebih bermakna kepada mereka yang sentiasa merindui anda.

Mungkin ini ramadhan terakhir buat kita. Mungkin juga ramadhan terakhir buat mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi gunakanlah kesempatan yang diizinkan Allah ini untuk melaluinya.

Lafaz niat untuk sebulan :


Lafaz Niat Untuk Sebulan Puasa

Ertinya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Lafaz niat untuk harian :


Lafaz Niat Untuk Harian Puasa

Ertinya: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala

Lafaz doa ketika hendak berbuka :


Doa Berbuka Puasa

Ertinya: Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Lafaz doa selepas berbuka puasa :


Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa

Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu

Di sini juga saya nak kongsikan bersama anda semua kelebihan-kelebihan di Bulan Ramadhan yang umum ketahuinya dan mungkin juga ada yang tahu tapi terlupa;

Kelebihan Bulan Ramadhan

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.
Note: Selamat berpuasa semua umat Muslim di seluruh dunia terutama sekali umat Islam di Malaysia.
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved