Kadar Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri Malaysia 1433H/2012 | Berikut merupakan Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2012 untuk negeri-negeri seluruh Malaysia. Kadar zakat fitrah adalah bersaman dengan satu gantang beras atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang bersamaan dengannya.
Zakat Fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat ramadhan dan zakat idul fitri kerana masa untuk menyempurnakan adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk serta dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.
Lima Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
- Wajib: Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya (1 Syawal)
- Paling Afdal: Sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
- Haram: Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira 'qada. Sekirangnya asih dilengahkan maka akan bertambahlah dosanya..
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment