Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan

on 20 July 2012

Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan | Oleh kerana Ramadhan hanya datang setahun sekali, memang ramai yang lupa akan niatnya. Bukan tak tahu, tapi lupa. Biasalah tu kan? Jadi kepada yang berkenaan, mohon save gambar ini untuk panduan anda sendiri atau 'Share'kan kepada kawan-kawan anda untuk peringatan pada mereka yang anda sayangi.

Lafaz Niat Puasa dan Kelebihan Bulan Ramadhan

Sedikit pesanan ikhlas kepada yang hidup merantau jauh dari keluarga, hujung minggu ini pulanglah ke kampung. Tinggalkan seketika kesibukan hidup yang tidak pernah berkesudahan. Bersahur dan berbuka'lah bersama kedua ibu dan bapa anda. Jadikan ramadhan kali ini lebih bermakna kepada mereka yang sentiasa merindui anda.

Mungkin ini ramadhan terakhir buat kita. Mungkin juga ramadhan terakhir buat mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi gunakanlah kesempatan yang diizinkan Allah ini untuk melaluinya.

Lafaz niat untuk sebulan :


Lafaz Niat Untuk Sebulan Puasa

Ertinya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Lafaz niat untuk harian :


Lafaz Niat Untuk Harian Puasa

Ertinya: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala

Lafaz doa ketika hendak berbuka :


Doa Berbuka Puasa

Ertinya: Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Lafaz doa selepas berbuka puasa :


Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa

Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu

Di sini juga saya nak kongsikan bersama anda semua kelebihan-kelebihan di Bulan Ramadhan yang umum ketahuinya dan mungkin juga ada yang tahu tapi terlupa;

Kelebihan Bulan Ramadhan

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.
Note: Selamat berpuasa semua umat Muslim di seluruh dunia terutama sekali umat Islam di Malaysia.
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. terima kasih tau sebab share benda ni. tak sabar rasanya nak puasa

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved