Showing posts with label Download Borang. Show all posts
Showing posts with label Download Borang. Show all posts

Jadual Hari Pelepasan Am (Cuti Umum) Persekutuan Dan Negeri 2014

on 4 September 2013

Jadual Hari Pelepasan Am (Cuti Umum) Persekutuan Dan Negeri 2014 | Pada mereka yang mahu merancang untuk bercuti pada tahun depan (2014) maka anda digalakkan untuk download Jadual Hari Kelepasan Am (Cuti Umum) Persekutuan dan Negeri 2014 dibawah. Sekurang-kurangnya boleh merancanglah apa yang patut. Untuk info anda juga, sehingga kini belum ada lagi Jadual Cuti Persekolahan 2013. Dijangka ianya akan keluar pada penghujung September ini.

Jadual Hari Pelepasan Am (Cuti Umum) Persekutuan Dan Negeri 2014

Jadual Hari Pelepasan Am (Cuti Umum) Persekutuan Dan Negeri 2014

Jadual Hari Pelepasan Am (Cuti Umum) Persekutuan Dan Negeri 2014

Untuk muat turun Jadual Hari Kelepasan Am (Cuti Umum) Persekutuan dan Negeri 2014 anda boleh ke link yang sediakan dibawah:

LINK 1 | LINK 2 (ALTENATIF)

Kredit: www.ammboi.com

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IKM dan KKTM Sesi Julai 2013

on 27 May 2013

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IKM dan KKTM Sesi Julai 2013

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IKM dan KKTM Sesi Julai 2013 | Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) bagi Sesi Julai 2013 ini akan diumumkan pada 1 Jun 2013 melalui Laman Web http://www.ekemahiran.edu.my.

Calon yang berjaya dikehendaki Klik Setuju Terima Dan Mencetak Surat Tawaran dan Dokumen lain-lain. Tempoh untuk memberi maklum balas adalah sehingga 9 Jun 2013.

Sekiranya calon tidak berjaya, sila cetak Borang Rayuan di Laman Web eKemahiran dan faks ke 03-26914510 untuk membuat rayuan. 

Klik tajuk pautan di bawah untuk download borang rayuan kemasukan ke IKM dan KKTM.

Permohonan e-Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi 2013/2014

on 24 May 2013


Permohonan e-Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier  Sesi 2013/2014

Permohonan e-Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier  Sesi 2013/2014 Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf | Bagi calon yang tidak berjaya pada permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier  sesi 2013/2014, calon boleh membuat e-Rayuan dengan melayari laman pautan di bawah:



Rayuan boleh dibuat melalui aplikasi e-Rayuan sahaja dan boleh dicapai setelah Keputusan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA diumumkan iaitu mulai 24 Mei 2013 jam 12.00 tengah hari sehingga 02 Jun 2013.

  • Aplikasi e-Rayuan dibuka mulai 24 MEI 2013 sehingga 02 JUN 2013.
  • Hanya Pemohon yang TIDAK BERJAYA ditawarkan tempat di IPTA/Politeknik Premier atau Program Pengajian peringkat Diploma di Politeknik Konvensional/METrO / ILKA SAHAJA layak mengemukakan e-Rayuan ke IPTA/Politeknik Premier.
  • Rayuan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA hendaklah dikemukakan terus kepada Institusi / Agensi yang berkaitan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan diumumkan.

TAWARAN RAYUAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TEMPAT  MENGIKUT PROGRAM PENGAJIAN DI IPTA / POLITEKNIK PREMIER SELEPAS PENDAFTARAN PELAJAR BARU. 

PERHATIAN!!!
  • Anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan anda terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain.
  • Sila pastikan komputer yang digunakan mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader bagi tujuan mencetak Slip Permohonan.

Borang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) - Online

on 18 April 2013

Borang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) - Online

Borang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) - Online | Berita gembira kepada semua penjawat awam di Malaysia, di mana  anda kini boleh memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar.


Tujuan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Menariknya, pemilihan pembeli adalah melalui kaedah cabutan secara undian bagi mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan sebagaimana yang dilakukan melalui PR1MA. Pembeli juga dikenakan moratorium yakni tidak dibenarkan untuk memindah milik atau menjual rumah yang dibeli dalam tempoh sepuluh tahun tanpa kebenaran kerajaan.

PPA1M diletakkan di bawah Perbadanan Putrajaya yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan 5,097 unit rumah manakala 5,239 lagi di bawah tanggungjawab Putrajaya Holdings. Bagi urusan merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara rumah, ia akan diselaraskan oleh Perbadanan Putrajaya.


Syarat-syarat Kelayakan Permohonan PPA1M

Bil
Perkara
1.
Warganegara Malaysia
2.
Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000
3.
Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan
4.
Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya
5.
Tidak diisytiharkan muflis


Ciri-ciri Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Bil
Perkara
Ciri-Ciri
1.
Saiz
1,000 - 1,500 kaki persegi (kp)
2.
Harga
1,000 kp
RM150,000 - RM220,000
1,200 kp
RM221,000 - RM260,000
1,500 kp
RM261,000 - RM300,000
3.
Pemilihan Pembeli
Semua pemohon yang melepasi kelayakan 
adalah layak untuk pemilihan secara 
undian.
4.
Moratorium
10 tahun
5.
Kos Pindah Milik dan Duti Setem
Dikecualikan
6.
Pendahuluan
Minimal (RM2,000)


Borang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Bagi yang ingin mendapatkan borang, sila klik 


Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya.


Fasa Pertama Pelaksanaan PPA1M

1. Plot 17RK5, Presint 17

PPA1M - Presint 17

Jumlah rumah 1,000 unit
424 unit - 1,000 kaki persegi
288 unit - 1,200 kaki persegi
288 unit - 1,500 kaki persegi

Kemudahan: 1 unit tempat letak kereta / rumah, surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan yang lain.

2. Plot 12D, Presint 11

PPA1M - Presint 11

Jumlah rumah 256 unit
88 unit - 1,000 kaki persegi
168 unit - 1,200 kaki persegi

Kemudahan: 1 unit tempat letak kereta / rumah, surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan yang lain.

Fasa Berikutnya

3. Plot 5R5, Presint 5

PPA1M - Presint 5

Jumlah rumah 1,062 unit
704 unit - 1,000 kaki persegi
246 unit - 1,200 kaki persegi
112 unit - 1,500 kaki persegi

Kemudahan: 1 unit tempat letak kereta / rumah, surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan yang lain. Projek ini akan dibangunkan pada kadar segera mengikut permintaan.


Tarikh Tutup PPA1M

Tarikh tutup permohonan bagi Fasa Pertama ini ialah pada 9 Mei 2013. Empat hari selepas PRU13. Jadi kepada mereka yang layak dan berminat, isi segera borang berkenaan sebelum balik bercuti untuk mengundi. Takut-takut terlupa nanti.


Maklumat Lanjut PPA1M

Maklumat lanjut mengenai PPA1M ini boleh diperoleh dari portal Perbadanan Putrajaya atau melalui talian 1MOCC: 03-8000-8000.

Jangan risau mengenai wang pendahuluan RM2,000.00 kerana ia bukan dikemukakan sewaktu memohon. Wang ini hanya perlu dibayar jika nama anda naik dalam cabutan undi nanti.

Download Borang BR1M 2.0

on 1 November 2012

Download Borang BR1M 2.0

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) - Pemohon Baru | Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) kini boleh didownload bermula 1 November 2012. Untuk info, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua. Mereka telah layak secara automatik.


Pemohon baru yang memenuhi kriteria yang seperti dinyatakan pada link di atas, boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya:-
  • Salinan kad pengenalan
  • penyata/slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji


Borang boleh didapati secara percuma menerusi:-
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my


Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jika bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan.

Pendaftaran secara online (sistem dalam talian)  bagi bantuan tunai RM500 untuk isi rumah dan bantuan tunai RM250 untuk individu bujang ataupun pengemaskinian borang BR1M 1.0 boleh dilakukan dengan klik pada pautan (link) di bawah:-


Jika masih ada kekeliruan dengan syarat permohonan BR1M anda boleh rujuk nota pada laman pendaftaran tersebut. Manakala bagi panduan mengisi borang menggunakan sistem atas talian anda boleh klik:- 


Untuk mengisi borang permohonan secara manual pemohon boleh memuat turun (download) borang permohonan dengan klik pada pautan di bawah:


Borang yang telah diisi secara manual dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke cawangan LHDNM yang berdekatan dengan anda atau kaunter LHDNM.
Nota Penting: Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran

Sumber: enciknakal.com

Daftar Online Dan Download Borang Kad Komuter 1Malaysia Diskaun Tiket KTMB

on 23 October 2012

Daftar Online Dan Download Borang Kad Komuter 1Malaysia Diskaun Tiket KTMB
Daftar Online Dan Download Borang Kad Komuter 1Malaysia Diskaun Tiket KTMB | Lakukan pendaftaran online dan download borang kad komuter 1 Malaysia serta dapatkan diskaun tiket KTMB sehingga 50 Peratus.

Bagaimanapun, permohonan ini hanya terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah sahaja.

Daftar Online Dan Download Borang Kad Komuter 1Malaysia Diskaun Tiket KTMB

Tempoh kad sah untuk tempoh setahun bermula 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013.

Cara Daftar Kad Komuter 1Malaysia

Terbahagi kepada dua bahagian: 
  1. Daftar manual di stesen-stesen komuter terpilih atau 
  2. daftar online, 
Bagaimanapun kami menasihatkan agar anda mengambil borang di stesen komuter tersebut atau download sendiri menerusi link yang telah kami sediakan di bawah.

Apa yang di perlukan adalah, anda hanya perlu mengemukakan Kad Pengenalan, salinan kad pengenalan, borang pemohonan yang telah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama-sama dengan yuran pendaftaran, RM1 sahaja.

Kad Diskaun Komuter 1 Malaysia yang telah siap di proses akan diperolehi pada hari yang sama.

Stesen yang terlibat untuk pendaftaran dan perolehan Kad Komuter 1 Malaysia, meliputi stesen KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut.

Cara Download Borang Permohonan Kad Komuter 1 Malaysia

Sila download borang permohonan Kad Komuter 1 Malaysia ini di link yang di sediakan di bawah.


Cara Daftar Online Borang Permohonan Kad 1 Malaysia

Cara daftar online borang permohonan kad 1 Malaysia, sila klaik laink di bawah.


Untuk maklumat lanjut dan sebarang masaalah, sila layari laman web http://www.ktmb.com.my.

Sumber: forblogger.net

Download Borang BR1M 2.0 - Bermula Pertengahan Oktober 2012

on 2 October 2012

Download Borang BR1M 2.0 - Bermula Pertengahan Oktober 2012 | Tak sangka ramai yang mencari untuk download online borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2013 yang lalu. Namun, borang BR1M 2.0 masih belum ada. So, kena bersabar sikit lagi.

Download Borang BR1M 2.0 - Bermula Pertengahan Oktober 2012

Menurut sumber, Borang BR1M 2.0 boleh diperolehi bermula pertengahan bulan Oktober 2012 sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan hari ini. Jadi diharap semua orang diharap bersabar dan kami akan cuba mengemakini berita tentang BR1M 2.0 di blog ini.

Mengikut perancangan Kementerian Kewangan, pihaknya menjangkakan pemohon yang layak boleh mula membuat permohonan bulan ini manakala pembayaran wang bantuan RM500 (atau RM250 untuk bujang) akan dilakukan bermula Januari 2013.


Kelayakan Memohon BR1M 2.0

> Bantuan RM500
  • Berkeluarga.
  • Hanya ketua keluarga (atau seorang wakil) layak mohon.
  • Berpendapatan isirumah dibawah RM3,000 sebulan.
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

> Bantuan RM250
  • Individu bujang
  • Berpendapatan bawah RM2,000 sebulan
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

> Mereka Yang Sudah Memohon BR1M 1.0 (kali pertama yang lepas)
  • Tidak perlu memohon lagi.
  • Tunggu dapat duit sahaja.

Borang BR1M 2.0 dijangka boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta akhbar tempatan. Kami juga akan cuba sediakan link download Borang Online BR1M 2.0 untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Sebagai makluman, borang online yang dimuat turun di internet (biasanya di scan dan upload) juga boleh digunakan untuk membuat permohonan. Pihak LHDN tidak pernah menghalang penggunaan borang scan BR1M berkenaan. Jadi kami rasa ianya sama juga dengan BR1M 2.0 ini.


Dikemaskini: 1 November 2012

Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula jika bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan.

Pendaftaran secara online (sistem dalam talian) bagi bantuan tunai RM500 (isi rumah) dan bantuan tunai RM250 (individu bujang) mahupun pengemaskinian BR1M 1.0 boleh dilakukan dengan klik pada pautan link di bawah.


Jika pemohon masih keliru dengan syarat permohonan sila rujuk nota pada laman pendaftaran tersebut. Manakal bagi panduan mengisi borang menggunakan Sistem Dalam Talian sila klik pada tajuk pautan disertakan.


Semakan Dan Pengemaskinian Aplikasi Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM Tahun 2011

on 18 April 2012


Pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 yang memperoleh 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary Kementerian Pelajaran Malaysia secara automatik bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara.

Pelajar yang layak boleh membuat semakan dan pengemaskinian di aplikasi profil Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2011 mulai 16 April 2012 di:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian help desk 03-83217086 atau emel pertanyaan kepada bt.bursary@moe.gov.my.


Download | Makluman Jadual Penerbangan Bagi Penempatan Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS)

on 16 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Maklumat penerbangan bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS) kuatkuasa penempatan 16 Januari 2012.Tarikh penerbangan adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tarikh
Dari
Ke
16 Januari 2012
Sabah/Sarawak/WP Labuan
Semenanjung
17/18/19 Januari 2012
Semenanjung
Sabah/Sarawak



PERINGATAN:

SEMUA GURU PERLU BERADA 2 JAM LEBIH AWAL SEBELUM WAKTU PENERBANGAN BERLEPAS.


MAKLUMAT TAMBAHAN :

Makluman kepada guru-guru baru sekolah rendah yang akan ditempatkan ke Sabah dan Sarawak:

1. Guru-guru yang akan berlepas ke Sabah atau Sarawak Pada 17 Januari 2012;

Tuan/puan dikehendaki melapor diri di Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang, Selangor pada 16 Januari 2012 sebelum jam 5 petang.

2. Guru-guru yang akan berlepas ke Sabah atau Sarawak pada 18 Januari 2012;

Tuan/puan dikehendaki melapor diri di Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang, Selangor pada 17 Januari 2012 sebelum jam 5 Petang.


3. Guru-guru yang akan berlepas ke Sabah atau Sarawak pada 19 Januari 2012;

Tuan/puan dikehendaki melapor diri di Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang, Selangor pada 18 Januari 2012 sebelum jam 5 Petang.


Sila muat turun lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.

Sebarang masalah dan pertanyaan boleh hubungi :

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Rendah)
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

URL: http://www.moe.gov.my/bpsh

Kaunter Aras 3 : 03-88849586
Kaunter Aras 4 : 03-88849370
Fax : 03-88849315

Jadual Penerbangan Bagi Penempatan Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS) pada 16 Januari 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Maklumat penerbangan bagi Penempatan Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS) pada 16 Januari 2012 . Tarikh penerbangan pada 16 Januari 2012. 

Sila muat turun lampiran di bawah untuk maklumat lanjut. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh hubungi : 

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Rendah)
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Kaunter Aras 3 : 03-88849586
Kaunter Aras 4 : 03-88849370
Fax : 03-88849315



Muat turun

Download Borang Permohonan Biasiswa Sukan 2012

on 11 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2012 kini telah dibuka.

Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk diedarkan kepada semua pelajar yang layak.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 30 Mac 2012 untuk tindakan selanjutnya.


Muat turun

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved