Borang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) - Online

on 18 April 2013

Borang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) - Online

Borang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) - Online | Berita gembira kepada semua penjawat awam di Malaysia, di mana  anda kini boleh memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar.


Tujuan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Menariknya, pemilihan pembeli adalah melalui kaedah cabutan secara undian bagi mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan sebagaimana yang dilakukan melalui PR1MA. Pembeli juga dikenakan moratorium yakni tidak dibenarkan untuk memindah milik atau menjual rumah yang dibeli dalam tempoh sepuluh tahun tanpa kebenaran kerajaan.

PPA1M diletakkan di bawah Perbadanan Putrajaya yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan 5,097 unit rumah manakala 5,239 lagi di bawah tanggungjawab Putrajaya Holdings. Bagi urusan merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara rumah, ia akan diselaraskan oleh Perbadanan Putrajaya.


Syarat-syarat Kelayakan Permohonan PPA1M

Bil
Perkara
1.
Warganegara Malaysia
2.
Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000
3.
Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan
4.
Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya
5.
Tidak diisytiharkan muflis


Ciri-ciri Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Bil
Perkara
Ciri-Ciri
1.
Saiz
1,000 - 1,500 kaki persegi (kp)
2.
Harga
1,000 kp
RM150,000 - RM220,000
1,200 kp
RM221,000 - RM260,000
1,500 kp
RM261,000 - RM300,000
3.
Pemilihan Pembeli
Semua pemohon yang melepasi kelayakan 
adalah layak untuk pemilihan secara 
undian.
4.
Moratorium
10 tahun
5.
Kos Pindah Milik dan Duti Setem
Dikecualikan
6.
Pendahuluan
Minimal (RM2,000)


Borang Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Bagi yang ingin mendapatkan borang, sila klik 


Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya.


Fasa Pertama Pelaksanaan PPA1M

1. Plot 17RK5, Presint 17

PPA1M - Presint 17

Jumlah rumah 1,000 unit
424 unit - 1,000 kaki persegi
288 unit - 1,200 kaki persegi
288 unit - 1,500 kaki persegi

Kemudahan: 1 unit tempat letak kereta / rumah, surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan yang lain.

2. Plot 12D, Presint 11

PPA1M - Presint 11

Jumlah rumah 256 unit
88 unit - 1,000 kaki persegi
168 unit - 1,200 kaki persegi

Kemudahan: 1 unit tempat letak kereta / rumah, surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan yang lain.

Fasa Berikutnya

3. Plot 5R5, Presint 5

PPA1M - Presint 5

Jumlah rumah 1,062 unit
704 unit - 1,000 kaki persegi
246 unit - 1,200 kaki persegi
112 unit - 1,500 kaki persegi

Kemudahan: 1 unit tempat letak kereta / rumah, surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan yang lain. Projek ini akan dibangunkan pada kadar segera mengikut permintaan.


Tarikh Tutup PPA1M

Tarikh tutup permohonan bagi Fasa Pertama ini ialah pada 9 Mei 2013. Empat hari selepas PRU13. Jadi kepada mereka yang layak dan berminat, isi segera borang berkenaan sebelum balik bercuti untuk mengundi. Takut-takut terlupa nanti.


Maklumat Lanjut PPA1M

Maklumat lanjut mengenai PPA1M ini boleh diperoleh dari portal Perbadanan Putrajaya atau melalui talian 1MOCC: 03-8000-8000.

Jangan risau mengenai wang pendahuluan RM2,000.00 kerana ia bukan dikemukakan sewaktu memohon. Wang ini hanya perlu dibayar jika nama anda naik dalam cabutan undi nanti.

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. terima kasih sudah disampaikan iformasinya !

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved