Showing posts with label Artis Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Artis Indonesia. Show all posts

3 Gambar Krisdayanti Dan Suami Teruja Timang Bayi Kedua

on 13 December 2012

3 Gambar Krisdayanti Dan Suami Teruja Timang Bayi Kedua | First sekali admin ucapkan tahniah buat Krisdayanti dan suami, Raul Lemos yang baru saja menerima cahaya mata kedua mereka pagi tadi di RS. Mitra Kemayoran, Jakarta Pusat.

Bayi lelaki yang comel ini diberi nama Kellen Alexander Lemos dan menurut laporan media Indonesia, DetikHot.com, Raul kelihatan begitu teruja sehingga tidak dapat menahan perasaan sewaktu menyambut kelahiran bayi tersebut.

Berikut beberapa keping gambar bayi comel Krisdayanti:

Gambar Krisdayanti Dan Suami Teruja Timang Bayi Kedua

Gambar Krisdayanti Dan Suami Teruja Timang Bayi Kedua

Gambar Krisdayanti Dan Suami Teruja Timang Bayi Kedua

Ayu Videl Klon Najwa Latif Di Indonesia

on 9 November 2012

Ayu Videl Klon Najwa Latif Di Indonesia | Betulkah kita nie mempunyai tujuh kembar yang seiras dengan kita di dunia? Kalau betul kena cari nie tapi tak tahulah dekat mana nak cari erk.

Ayu Videl Klon Najwa Latif Di Indonesia

Tapi admin bukan nak cakap muka seiras dengan admin tapi pasal klon Najwa Latif. Kalau tengok muka memang tak sama dan tak seiras langsung. Namun dari segi gaya memang hampir sama iaitu bertudung dan bermain gitar.

Jom lihat mereka berdua nie menyanyikan lagu yang sama. Eh, lupa pula nak bagi tahu siapa gerangan si gadis itu, dia boleh dikenali sebagai Ayu Videl.


Ariel Buat Persembahan Pertama Di Malaysia September Ini

on 29 August 2012

Ariel Buat Persembahan Pertama Di Malaysia September IniAriel NOAH atau sebelum ini lebih dikenali dengan nama Peterpan bakal turun Malaysia bulan hadapan dan ini merupakan berita baik kepada semua peminat beliau. Ariel akan hadir bersama kumpulan beliau, NOAH bagi menjayakan konsert Tentang Bahtera. Selain NOAH, konsert itu juga akan menampilkan kumpulan lain seperti Sixth Sense, The Malayan and trio Gamaliel Audrey Chantika.


Ariel Buat Persembahan Pertama Di Malaysia September Ini

Bagi yang tertanya-tanya siapakah trio Gamaliel Audrey Chantika, mereka ini adalah kumpulan yang popular di Youtube dengan bakat mereka menyanyikan semula lagu pop popular.

Manakala Sixth Sense dan The Malayan yang diketuai oleh Andy (Flop Poppy) bersama anaknya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat muzik di Malaysia hari ini.

Bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh Livescape, konsert penuh Tentang Bahtera ini bakal berlangsung pada 16 September ini.

Untuk anda yang berminat, harga tiket bermula pada harga RM55 dan boleh didapati melalui Ticketpro.

Al-Fatihah Penyanyi Sam D'lloyd Meninggal Dunia

on 9 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Al-Fatihah Penyanyi Sam D'lloyd Meninggal Dunia

Baru dapat update blog sebab sibuk dengan hal sendiri. Al-Fatihah saya sedekahkan kepada vokalis kumpulan D'lloyd, Saymsuar Hashim atau lebih dikenali sebagai Sam yang telah meninggal dunia pada pagi tadi kira-kira pada pukul 7.15 pagi hari sabtu. Saya baru tahu tentang perkara ini dari blog Abang Jai. Penyanyi ini amat dikenali pada era tahun 70-an. 

Allahyaraham dikhabarkan meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dihadapinya sebelum ini. 

Antara kata-kata sahabat Allahyarham ketika dihubungi media Indonesia:-

“Sakit jantung dan kanser paru-paru adalah punca kematian Allahyarham. pemergiannya adalah satu kehilangan buat industri muzik Indonesia,”
Jenazah akan dikebumikan di tanah Kusir, Indonesia. 

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

Lagu 'Sudah Cukup Sudah' Bagi Mengingati Sahabat Yang Mati Bunuh Diri

on 29 May 2012

Assalamualaikum....

Lagu 'Sudah Cukup Sudah' Bagi Mengingati Sahabat Yang Mati Bunuh Diri

Lagu "Sudah Cukup Sudah" nyanyian dari Band Indonesia iaitu Nirwana Band memang sangat  popular di Malaysia dan saya tengok dah menjadi trend pula. Setiap kali buka radio pasti dengar saja lagu nie ke udara. Memang sangat ngetop gitu kata orang Indonesia-lah. Tak tau betulkah tak bahasa Indonesiaku tu. 

Untuk pengetahuan semua lagu yang Popular itu sebenarnya dihasilkan untuk mengingati sahabat mereka yang mati akibat bunuh diri dalam kejadian beberapa tahun lalu. 

Akibat kecewa dengan kekasih yang berlaku jurang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain kehidupan rakannya (rakan Vokalis Nirwana Band, Denis) menjadi sengsara sehinggakan setiap malam dia menangis dan mengeluarkan perkataan "sudah cukup sudah... biarlah aku pergi saja"

Namun begitu, lagu yang tercipta hasil dari ilham kematian rakan mereka bukanlah untuk ikutan kepada semua tetapi menjadi contoh.

Untuk maklumat lanjut sila pergi ke Sini.

Saya pun memang berharap tiada lagi orang yang bunuh diri akibat kes putus cinta.

So, moral valuenya di sini adalah kita kena berfikiran rasional dan terbuka dalam menjalinkan hubungan sesama manusia. Lagipun dalam dunia ini ada pasang surutnya. "Kumbang bukan sekor, Bunga bukan sekuntum", carilah cintamu yang sebenar dan jangan berputus asa dalam mencarinya. 

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved