Permohonan Biasiswa JPA Peringkat Diploma Politeknik Sesi 2012/2013

on 23 November 2012

Permohonan Biasiswa JPA Peringkat Diploma Di Politeknik Sesi 2012/2013

Permohonan Biasiswa JPA Peringkat Diploma Politeknik Sesi 2012/2013 | Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2012. Para pelajar yang telah mendaftar bagi kemasukan Januari dan Jun 2012 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik dipelawa untuk memohon biasiswa Politeknik tajaan JPA ini.

Bidang Tajaan

Semua bidang yang ditawarkan oleh Politeknik sesi 2012/2013

Syarat Permohonan

Calon-calon yang layak memohon mestilah mempunyai kelayakan berikut;

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan (20 November 2012).
  • Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari Sesi 2012/2013 atau pada bulan Julai Sesi 2012/2013.
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred C (kepujian) dalam bahasa Melayu.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 mata pelajaran lain.
Manakala calon yang tidak layak memohon;
  • Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
  • Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
  • Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
  • Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
  • Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
  • Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (ONLINE) sahaja

Permohonan

Cara memohon adalah seperti berikut;
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web: 
  • Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
  • Pemohon dibenarkan mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
  • Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
  • Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Permohonan”.
  • Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Permohonan” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 26 November 2012.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;
  • Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
  • Elaun buku RM400 setahun
  • Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
  • Elaun kertas projek RM150 setahun
  • Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.
Di samping, itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi atau pun seperti di bawah;

Tambang Kapal Terbang (Dua Hala) Peringkat Diploma/Ijazah Setahun:

Pelajar Semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya                                        - RM 700.00
Pelajar Semenanjung ke Sabah dan sebaliknya                                             - RM 1,000.00
Pelajar Labuan ke Sarawak dan sebaliknya                                                   - RM 400.00
Pelajar Labuan ke Sabah dan sebaliknya                                                        - RM 100.00
Pelajar Sarawak ke Sabah dan sebaliknya                                                      - RM 500.00

Tempoh Kontrak

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa politeknik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian. Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. siapa yang nak memohon kena memohon cepat2 ni

    ReplyDelete
  2. ada peluang ni gunakan la sebaiknya. grab this opportunity ya adik2 semua

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved